KOTA BHARU: Seramai 66,255 daripada 87,568 murid miskin negeri ini 
menerima bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAM) 
berjumlah RM13.2 juta yang mula diagihkan sejak Jun lalu. 

Mereka terdiri murid tahun dua hingga enam membabitkan 535 sekolah 
rendah seluruh Kelantan yang layak menerima bantuan KWAM kerana 
pendapatan perkapita isi keluarga hanya RM106 atau bergaji RM530 
sebulan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Ismail Mohd Noor, 
berkata murid itu dikenal pasti oleh sekolah masing-masing yang 
menyerahkan senarai nama kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD).

"Pemilihan murid yang layak berdasarkan pendapatan perkapita RM106 
setiap ahli keluarga atau gaji ketua keluarga RM530 sebulan, yang 
dikategorikan sebagai miskin.

"Agihan KWAM untuk murid miskin dibuat sejak awal Jun lalu dengan 
setiap murid menerima bantuan RM200 seorang," katanya di sini, 
semalam.

Ismail berkata, berdasarkan senarai yang diterima dari sekolah, JPN 
menghantar permohonan bagi 87,568 murid tahun dua hingga enam dan 
16,714 pelajar tingkatan satu sekolah menengah.

"Setakat ini, sekolah rendah sudah menerima bantuan itu, manakala 
pelajar sekolah menengah belum menerima bantuan yang disediakan untuk 
mereka iaitu RM300 seorang," katanya.

Katanya, tahun lalu seramai 144,647 murid dan pelajar miskin di 
Kelantan menikmati bantuan secara `sekali saja' berjumlah RM18 juta.

Ismail berkata, jika dibandingkan senarai tahun lalu, bantuan KWAM 
kali ini berkurangan tetapi peruntukan diluluskan Kerajaan Pusat 
berdasarkan senarai dihantar setiap sekolah.

"Pada dasarnya Kelantan menerima peruntukan lebih tinggi berbanding 
negeri lain sejak bantuan untuk murid dan pelajar miskin diberikan 
Kerajaan Pusat," katanya.

Katanya, JPN turut membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran untuk 
menambah jumlah peruntukan itu bagi memastikan mereka yang layak 
menerima bantuan KWAM tidak tercicir.

Beliau berkata, semua ibu bapa murid dan pelajar yang menerima 
bantuan KWAM dinasihatkan mengguna wang berkenaan untuk membeli 
kelengkapan persekolahan anak-anak.//BHarian 20 Julai








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke