KOTA BHARU, 24 Julai - Penduduk di negeri ini perlu mengambil
kesempatan terhadap perkembangan teknologi maklumat (ICT) sekarang
sekiranya ingin terus maju, kata Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato'
Mohd Aiseri Alias.
Beliau berkata, celik teknologi maklumat harus menjadi impian setiap
orang sama ada mereka adalah kakitangan kerajaan, swasta, pelajar
atau mahasiswa sekiranya ingin maju dalam bidang masing-masing.
Berucap merasmikan majlis penutup Minggu Penggalakkan Sains dan
Teknologi Peringkat Negeri 2006 di Balai Islam semalam, katanya
kerajaan negeri tidak mahu masyarakat ketinggalan dalam arus perdana
tersebut.
"Bukan itu sahaja, kerajaan negeri telah lama menggunakan kemudahan
ICT dalam pengurusan pentadbiran termasuk menyelesaikan pelbagai
masalah rakyat di seluruh jajahan," ujarnya.
Tambah beliau, teknologi maklumat dapat membantu sesuatu organisasi
pentadbiran kerajaan dengan lebih mudah dan cepat.
"Kita tidak boleh berdiam diri begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa
sedangkan dunia bergerak pantas dengan segala peralatan moden yang
pelbagai jenis sekarang," katanya.
Sebanyak 22 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta 33 syarikat
swasta mengambil bahagian dalam pameran sempena minggu penggalakan
sains dan teknologi yang diadakan selama empat hari.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/