PENGKALAN CHEPA, 24 Julai - Kadar jenayah di Kelantan adalah pada kedudukan ke-12 terendah di negara ini dalam tempoh Januari hingga bulan Jun tahun ini. Dalam tempoh tersebut kadar jenayah yang dicatat pada rekod polis hanya sekitar 2.97 peratus.
Maklumat itu didedahkan Ketua Polis Kelantan, Dato' Zulkifli Abdullah pada satu majlis di Sudara Beach Resort, baru-baru ini. Mengulas perkara itu, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedudukan kadar jenayah Kelantan sebenarnya amat rendah berbanding negeri-negeri lain. "Mengikut maklumat yang diperolehi negeri yang mencatatkan kadar jenayah paling tinggi iaitu Selangor 25.44 peratus, diikuti Johor dan Kuala Lumpur, masing-masing 14.82 dan 11.29 peratus. "Pulau Pinang di tempat keempat dengan 9.16 peratus. Kalau kita perhatikan kedudukan teratas semuanya dimenangi negeri-negeri maju," katanya ketika merasmikan majlis penutup Himpunan Kursus Kenegaraan Peringkat Negeri 2006, anjuran Yayasan Islam Kelantan, di sini baru- baru ini. Saifuddin berkata, kejayaan itu dicapai kerana pentadbiran negeri ini berteraskan kepada Islam yang mendidik rakyat mendekati agama. "Adakah kita mahu negeri kesayangan kita ini turut menjadi tidak tenteram dengan kadar jenayah, sosial, rogol, dadah yang semakin tinggi? Kalau kita sayang.. jagalah negeri ini sebaik mungkin dan jangan sekali-kali dilepaskan kepada pihak lain," ujarnya.//Hrkh ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/WktRrD/lOaOAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
