PASIR MAS, 26 Julai: Kerajaan Kelantan berusaha mempertingkatkan 
jumlah kutipan hasil bagi membolehkan lebih banyak projek dapat 
dilaksanakan bagi manfaat rakyat secara menyeluruh.

Antara usaha yang dilakukan termasuk penyemakan semula pemilikan 
tanah kerajaan negeri oleh agensi-agensi pembangunan tanah kerajaan 
Persekutuan di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan 
dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Dato' Husam Musa berkata, beberapa 
agensi terlibat dengan penyemakan itu termasuk Lembaga Kemajuan 
Kelantan Selatan (Kesedar), Felda, Felcra dan Keretapi Tanah Melayu 
Bhd (KTMB).

"Berdasar kepada semakan dibuat misalnya Kesedar dikenalpasti belum 
menjelaskan premium tanah sebanyak RM12 juta kepada kerajaan negeri. 
Begitu juga Felda, Felcra dan KTMB. Ini kerana tanah yang dibangunkan 
mereka belum lagi ditukar hak milik kepada agensi terbabit. 

"Tanah-tanah tersebut masih lagi kepunyaan kerajaan negeri. Sedangkan 
mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda melalui projek yang 
dijalankan," katanya pada program penerangan di Pondok Lati, dekat 
sini malam tadi.

Menurutnya, pihak Kesedar telah dihantar Notis 5C baru-baru ini bagi 
memberi peringatan supaya dibayar premium tersebut. Dan sekiranya 
gagal dibayar dalam tempoh tertentu, tanah tersebut boleh diambil 
balik kerajaan negeri. 

Husam juga berkata, kerajaan negeri telah melakukan pelbagai usaha 
bagi menambahkan jumlah hasil, bagaimanapun ia tidak diketahui orang 
ramai kerana media tidak berminat untuk melaporkan perkara tersebut. 








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke