KOTA BHARU, 26 Julai - Bekas anggota Exco kerajaan negeri era tahun
1969 - 1974, Ustaz Mohd Nor Yusuf, 80 kini dirawat di wad 10 Hospital
Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat strok.
Anak sulungnya, Mohd Alias, 56 berkata, ayahnya dimasukkan ke
hospital tersebut sejak seminggu lalu kerana mengalami mini strok.
"Pada peringkat awal beliau ditempatkan di wad Bendahara dan semalam
dipindahkan ke wad 10. Keadaannya sekarang bertambah baik sedikit dan
boleh bercakap perlahan-lahan," katanya di sini.
Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nor adalah antara tokoh
veteran PAS yang masih ada sekarang. Pada 1969 beliau dilantik
mempengerusikan Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama, Mahkamah Syariah dan
Majlis Ugama Islam.
Beliau ketika itu mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri Bachok
Utara. Menteri Besar pada era tersebut iaitu Dato' Mohd Asri Muda dan
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohammad Nasir.
Sebelum melibatkan diri dalam politik beliau berkhidmat sebagai kadi.
Mendapat pendidikan tinggi di universiti Timur Tengah. Beberapa tahun
lalu pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Yayasan Islam Kelantan.
Mempunyai enam anak, dua daripadanya bertugas sebagai pendidik,
seorang jurutera dan seorang lagi bertugas sebagai guru di kelas pra
persekolahan.
Mohd Alias, seorang penulis buku merakamkan ucapan terima kasih di
atas kunjungan pelbagai pihak ke atas ayahnya di hospital termasuk
pemimpin kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan kenalan
lama.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/