KOTA BHARU, 26 Julai - Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan 
(Pelindung) akan menganjurkan seminar 'Pengguna Standard' pada Ogos 
ini yang melibatkan warga pendidik, pelajar dan orang awam. 
Pengerusinya, Haji Ahmad Othman berkata, seminar itu turut terbuka 
kepada badan-badan bukan kerajaan, yang akan diadakan di tiga tempat 
berasingan.

"Pada 10 Ogos seminar tersebut akan diadakan di Dewan Maktab Sultan 
Ismail (SIC), manakala 12 dan 19 Ogos pula di Permai Inn, Pasir 
Puteh. Kesemua program itu bermula 9 pagi," katanya di sini.

Beliau berkata, tujuan program itu dianjurkan untuk memberi kefahaman 
kepada orang ramai bagi memahami istilah 'pengguna standard' dalam 
konteks sebenar.

Katanya, mungkin ramai yang belum mengetahui pengertian standard, 
namun bagi sesetengah pengguna ia lebih ditekankan kepada 
perbelanjaan secara berhemah dengan mementingkan barangan berkualiti.

Ahmad berkata, penceramah jemputan yang akan mengendalikan seminar 
itu termasuk dari Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), 
Persatuan Pengguna Standard Malaysia serta pegawai  Kementerian 
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

"Adalah diharap melalui pendedahan itu pengguna di Kelantan akan 
lebih bijak dalam berbelanja khususnya memilih barangan keperluan 
harian ketika harga barangan semakin meningkat sekarang," 
ujarnya.//Hrkh 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke