MACHANG: Lelaki lumpuh separuh badan yang menarik perhatian ramai
kerana mengahwini seorang ibu tunggal muda yang sempurna, semalam
menerima alat bantuan ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
Kelantan.
Bekas buruh, Husmizi Ibrahim, 32, menerima sumbangan bernilai
RM11,000 termasuk kerusi roda bermotor dan katil perubatan serta
lampin pakai buang daripada Pengarah Perkeso Kelantan, Mohd Rosdi Mat
Yassin.
Husmizi berkata, bantuan itu mampu meringankan beban isterinya,
Zuriati Ruhaida Harun, 28, yang selama ini terpaksa membantu setiap
pergerakannya.
"Saya berterima kasih kepada Perkeso yang menyumbangkan kerusi roda
canggih ini," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Alor
Melaka, Pulai Chondong di sini, semalam.
Turut hadir, Penolong Pengarah (Faedah), Perkeso Kelantan, Abdul
Rahim Jusoh serta Pengurus Malaysian Helthcare Sdn Bhd, Ridwan
Ramdass.
Mohd Rosdi berkata, kerusi roda bermotor itu adalah yang pertama
disumbangkan Perkeso Kelantan kepada penerima bantuan ilat di negeri
ini yang dibuat atas nasihat doktor panel pertubuhan itu.
Katanya, kerusi roda boleh membolehkan pesakit bergerak tanpa perlu
bantuan orang lain kerana ia dilengkapi suiz tangan dan menggunakan
bateri caj semula.
Awal tahun ini, Husmizi menarik perhatian ramai apabila Berita Harian
memaparkan kesediaan Zuriati mengahwininya, meskipun dia lumpuh
separuh badan kerana patah tulang belakang akibat kemalangan jalan
raya.
Pasangan itu berkenalan ketika Zuriati menemani arwah suaminya, Che
Azizi Alias, 31, yang terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) kerana penyakit barah tulang.
Ketika itu, Husmizi dirawat di hospital sama akibat kecederaan parah
kerana terbabit dalam kemalangan pada 27 Februari 2002 dan berkawan
baik dengan Che Azizi kerana ditempatkan dalam satu wad.
Kini, Husmizi bekerja sambilan membuat kraftangan wau atau layang-
layang hiasan di rumahnya sambil menjalani rawatan susulan setiap
tiga bulan di HUSM.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/