KOTA BHARU 26 Julai – Perpaduan di kalangan ahli UMNO di semua 
peringkat yang semakin kukuh dan komitmen wakil-wakil rakyat Barisan 
Nasional mungkin mencemaskan pihak tertentu yang berkepentingan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Annuar Musa 
berkata, sekiranya terdapat desas desus UMNO di Kelantan kembali 
berpecah, ia propaganda mereka yang ingin keadaan itu berlaku.

Beliau berkata, sokongan ditunjukkan oleh rakyat yang memberi 
komitmen padu kepada pemimpin UMNO ketika pilihan raya umum dua tahun 
lalu menjadi bukti tahap perpaduan UMNO.

"Bagi saya, perpaduan UMNO sangat-sangat elok yang ada di Kelantan 
sekarang kerana kita menjaga perpaduan dalam parti. Itu lebih penting 
daripada segala yang lain.

"Jika ada dakwaan menyatakan UMNO Kelantan berpecah, saya anggap itu 
hanya mainan politik yang ditimbulkan pihak tertentu untuk memecah-
belahkan kekuatan parti kita," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan 
Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung 
Puri, dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desas desus pihak tertentu termasuk 
penyebaran risalah yang menyatakan UMNO Kelantan kini kembali di 
ambang perpecahan.

Ia dikaitkan dengan pergeseran antara pemimpin di beberapa bahagian 
berhubung pelbagai isu.

"Kita lihat sekarang penyokong UMNO semakin meningkat dari hari ke 
hari dan terus bertambah. Walaupun ada polemik orang UMNO dilihat 
melompat dan sebagainya, itu individu yang ada kepentingan peribadi.

"Tetapi rakyat terbanyak memberi sokongan yang semakin kuat kepada 
UMNO, sebab itu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semakin 
bertambah," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, disebabkan jadual Dr. Mahathir terlalu 
ketat, beliau akan tunggu masa lain untuk mengadakan perjumpaan dari 
hati ke hati dengan bekas Perdana Menteri itu.//Utusan






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke