Kesal jambatan masih belum siap

SAYA mewakili penduduk Kampung Banggol Jering, Pasir Mas, Kelantan 
kesal dengan projek jambatan yang menghubungkan Kampung Banggol 
Jering dengan Kampung Baru masih belum siap. 

Jambatan ini penting bagi kemudahan perhubungan diantara kedua-dua 
kampung berkenaan.

Tambahan lagi ada kira-kira kurang 30 pelajar sekolah rendah di 
Kampung Banggol Jering terpaksa melalui laluan berkenaan ke sekolah 
kebangsaan Kampung Baru yang buat masa ini dihubungkan dengan rakit 
buluh.

Keadaan ini membahayakan keselamatan anak-anak kecil.

Kadangkala mereka tidak dapat ke sekolah bila air sungai naik di 
waktu tengkujuh kerana rakit kayu dihanyutkan air. 

Keadaan ini telah berlaku bertahun lamanya.

Difahamkan projek ini telah diluluskan dan pecah tanah telah 
dijalankan berserta dengan kenduri sejak April lalu.

Hingga sekarang tiada pembinaan dijalankan. 

Diharapkan pihak berkenaan dapat mengambil perhatian. 

Sahutlah seruan kerajaan untuk mengadakan jambatan bagi kemudahan 
anak-anak sekolah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). 

Diharapkan wakil rakyat di kawasan berkenaan dapat mengambil tindakan 
sewajarnya.

ADI NGAJAT,
Pasir Mas, Kelantan.

//BHarian







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke