KOTA BHARU: Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM270,000 bagi 
membina jambatan konkrit menggantikan titi rakit yang digunakan kira-
kira 100 murid untuk menyeberangi Sungai Banggol Jering dekat Pasir 
Mas di sini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Sukry Abd 
Rahman, berkata jambatan itu akan dibina sebaik status tanah kawasan 
yang dikenal pasti sebagai tapak jambatan diselesaikan.

Beliau berkata, pihaknya sudah melawat lokasi titi rakit itu awal 
minggu lalu.

"Bagaimanapun, Pejabat Pembangunan Jajahan Pasir Mas diarah 
menyelaraskan dengan pihak berkaitan berhubung tapak jambatan itu 
bagi memastikan status tanah laluannya tidak membabitkan tanah hak 
milik.

"Kita sudah menerima kelulusan RM270,000 untuk membina jambatan 
konkrit di situ sepanjang 50 meter dengan lebarnya 2.5 meter yang 
sesuai untuk dilalui kenderaan ringan," katanya.

Beliau mengulas pendedahan Berita Harian semalam mengenai risiko 
ditempuh 100 murid anak Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, yang perlu 
menyeberangi sungai itu secara meniti atas rakit untuk ke sekolah 
setiap hari dari Kampung Banggol Jering.

Keadaan itu terpaksa ditempuh mereka kerana ia satu-satunya laluan 
terdekat ke sekolah di seberang sungai itu, kira-kira 500 meter dari 
kampung terbabit, berbanding jalan biasa sejauh 10 kilometer (km).

Situasi itu menyebabkan kanak-kanak itu terdedah kepada bahaya 
termasuk kemungkinan jatuh ke sungai kerana buluh yang dipasangkan 
sebagai lantai titi sudah reput.//BHarian

Re: Pasir Mas: Murid guna titi rakit buluh untuk ke sekolah
--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> PASIR MAS: Kira-kira 100 murid sekitar Banggol Jering, di sini, 
> terpaksa menyeberangi sungai kampung itu dengan meniti titi rakit 
> untuk ke sekolah setiap hari.
> 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke