GUA MUSANG: Kawasan perkampungan Orang Asli yang berselerak di 
pedalaman Kelantan, akan disusun semula sepanjang Rancangan Malaysia 
Kesembilan (RMK-9) dengan memanfaatkan peruntukan berjumlah RM78 juta.

Ribuan penduduk Orang Asli yang ketika ini mendiami 17 pos penempatan 
dengan dikumpul membentuk tujuh pos utama menerusi projek yang 
dikenali Penyusunan Semula Kampung (PSK).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan/Terengganu, 
Suhairy Abdul Ghani, berkata projek pertama PSK tahun ini bermula di 
Kampung Jedip, Pos Brooke, membabitkan penyatuan 17 kampung seluas 
336 hektar.

"Kedudukan status tanah itu sudah diselesai selepas mendapat 
kebenaran kerajaan negeri, manakala kerja mengukurnya sedang 
dijalankan untuk dibangunkan secepat mungkin.

"Seramai 200 keluarga Orang Asli akan ditempatkan di PSK baru itu 
nanti dengan mewujudkan bersama peluang pekerjaan khususnya di sektor 
perladangan termasuk kelapa sawit dan getah," katanya kepada Berita 
Harian.

Suhairy berkata, kajian jabatan itu mendapati tiada cara lain 
menyelesaikan masalah kemiskinan Orang Asli kecuali menempatkan 
mereka di kampung tersusun yang disediakan pelbagai kemudahan asas.

"Kita akan bangunkan perladangan dan kemudahan asas terlebih dulu 
supaya apabila mereka dibenarkan tinggal di situ nanti terus 
menikmati kesenangan hidup serta ada punca pendapatan," katanya.

Suhairy berkata, sasaran JHEOA membuat penyusunan semula penempatan 
Orang Asli itu untuk mengeluarkan mereka di bawah paras kemiskinan 
menjelang 2010 dan sekali gus mengubah sikap serta minda mereka.

Beliau berkata, tujuh PSK yang akan dibangunkan itu untuk menempatkan 
kaum Orang Asli berpusat di kawasan yang mempunyai jalan perhubungan 
dan tidak lagi tinggal bertaburan di merata tempat seperti sekarang.

"Seperti yang berlaku selama ini, memang menimbulkan banyak masalah 
bagi kerajaan membina pelbagai kemudahan asas yang diperlukan kerana 
tempat tinggal mereka tidak teratur dan berselerak," katanya.

Beliau yakin, usaha terbaru jabatan yang disokong Kementerian 
Kemajuan Luar bandar dan Wilayah itu boleh membentuk satu kaum 
mioriti yang kuat dan ceria ke arah kemajuan yang seimbang di negara 
ini.

Katanya, pembangunan ladang seperti getah dan kelapa sawit akan 
dilakukan secara usahasama dengan Risda dan sebelum ini terbukti 
berjaya dibuka di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

"Pembangunan ladang kelapa sawit yang sudah keluar hasil membabitkan 
keluasan 788 hektar itu sebagai contoh terbaik untuk memberi pulangan 
hasil lumayan kepada peserta Orang Asli," katanya.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke