KOTA BHARU: Gempar dengan panggilan misteri yang mendakwa sebutir bom 
akan meletup dalam wad, seramai 66 pesakit di Hospital Raja Perempuan 
Zainab II (HRPZ II) lari menyelamatkan diri dengan bantuan kakitangan 
pusat perubatan itu.

Difahamkan, seorang kakitangan bertugas di Wad 30 hospital berkenaan 
menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memberitahu 
terdapat bom dalam wad yang menempatkan pesakit yang menjalani 
pembedahan akan meletup pada bila-bila masa. 

Kakitangan terbabit yang bimbang dengan panggilan ugutan itu 
kemudiannya melaporkan kepada Ketua Jururawat wad terbabit sebelum ia 
dimaklumkan pula kepada Pengarah Hospital, Datin Dr Easah Che Awang 
untuk tindakan lanjut. 

Pihak hospital kemudiannya menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan 
Penyelamat untuk menjalankan siasatan dan membantu memindahkan 
pesakit.

Berikutan itu juga, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu 
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dikejarkan ke hospital 
terbabit untuk membuat pemeriksaan. 

Bagaimanapun, pemeriksaan kira-kira sejam di sekitar kawasan yang 
didakwa tidak menemui sebarang bahan letupan dan mengesahkan ia 
adalah ugutan palsu. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad 
Razin Ahmad Mahir, ketika ditemui berkata, pihaknya kesal dengan 
tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuat panggilan bom 
palsu itu.

Menurutnya, polis memaklumkan hasil pemeriksaan di tiga wad termasuk 
Wad 28 dan 29 yang terletak berhampiran didapati tiada sebarang bom 
atau bahan letupan ditemui.

"Akibat panggilan terbabit, kesemua pesakit yang masih mendapatkan 
rawatan di wad terbabit kemudiannya dipindahkan ke tempat selamat 
termasuk Balai Pelawat dan kantin hospital.

Menurutnya, usaha memindahkan pesakit berjaya dilakukan dengan 
selamat dan cepat malah pesakit tidak mengalami sebarang masalah 
dengan kecekapan kakitangan hospital, pihak polis dan bomba. 

Sehubungan itu, Ahmad Razin menasihatkan orang ramai supaya tidak 
bimbang dengan keadaan itu dan semua pesakit kembali semula ke wad 
masing-masing.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan mengenai 
panggilan ugutan di HRPZ II.

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak tidak 
bertanggungjawab itu," katanya.//HMetro 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke