KOTA BHARU: Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan direman enam 
hari mulai semalam bagi membantu siasatan pembunuhan rakan 
setugasnya, pagi kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Habri Mohamad mengikut 
Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selepas meluluskan permohonan Pegawai 
Penyiasat Polis Tumpat, Inspektor G Sathiyananthan, kira-kira jam 
11.30 pagi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan 
Shafie Ismail, berkata lelaki berusia 28 tahun itu yang juga rakan 
karib mangsa, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan 
kerana membunuh.

"Bedah siasat mendapati mangsa, Mohd Khairul Zaili Mohd Khamel, 21, 
mati akibat cedera parah di kepala, kedua-dua tangan dan saluran 
pernafasannya putus akibat ditetak dan dikelar. 

"Tiada motif sebenar pembunuhan itu. Ia dipercayai berlaku selepas 
lelaki itu mendakwa mendengar suara ghaib menyuruhnya mengambil pisau 
dan mengelar rakan sendiri ketika berada di rumahnya," katanya.

Sebelum kejadian di Kampung Wakaf Bharu itu, mangsa dijemput lelaki 
terbabit yang kemudian singgah semula di rumahnya dengan alasan mahu 
membuang air. 

Ketika berada dalam tandas rumahnya, lelaki terbabit dikatakan 
mendengar bisikan menyuruhnya membunuh mangsa. Mangsa ditetak 
beberapa kali termasuk dikelar pada lehernya dengan pisau pemotong 
ayam.

Shafie berkata, hasil soal siasat awal terhadap suspek terbabit 
mendapati dia sebelum ini dikatakan pernah diejek rakan setugasnya 
kerana sering bersendirian.

Katanya, pembantu penguat kuasa itu akan dihantar menjalani 
pemeriksaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja 
Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi membantu siasatan.

Sementara itu, KPDNHEP menafikan suspek pembunuhan itu menghadapi 
beban kerja yang berat di pejabat hingga mendorongnya bertindak 
membunuh rakan setugas.

Ketua Pengarah KPDNHEP, Mohd Roslan Mahayudin, berkata Mohd Khairul 
Zaili dan suspek bersahabat baik sejak mula bertugas bersama pada Mei 
lalu kerana tinggal sekampung dengan rumah mereka berjarak kira-kira 
300 meter.

"Mereka bertugas sebagai pembantu penguat kuasa, tidak mempunyai 
sebarang masalah atau bebanan kerja untuk menjadi alasan suspek dalam 
keadaan tertekan.

"Bagaimanapun, suspek bersikap murung dan suka bersendirian sejak 
pulang daripada kursus di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am di Hulu 
Kinta Perak, sedangkan sebelum ini dia seorang ceria dan suka 
bergurau," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek juga tidak mempunyai rekod masalah mental dan 
ia disahkan menerusi pemeriksaan kesihatan sebelum dia diterima 
bertugas dengan kementerian itu, sebelum ini. Selain itu dia juga 
tidak terbabit dengan dadah berdasarkan ujian kencing yang dibuat 
baru-baru ini.

"Suspek langsung tiada kaitan dengan tonto seperti dilaporkan 
sesetengah media hari ini. Setakat ini, kami tidak mengetahui punca 
sebenar kejadian itu kerana dia dan mangsa berkawan rapat.

"Semua kakitangan KPDNHEP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa 
dan kami akan membantu keluarganya termasuk menguruskan gajinya yang 
masih tertunggak dua bulan dengan segera," katanya.

Bedah siasat mayat mangsa selesai jam 5 pagi semalam dan diserahkan 
kepada keluarganya untuk dikebumikan tanah perkuburan Wakaf Bharu, 
petang semalam.//BHarian

Re: Tumpat: Penguatkuasa KPDNHEP maut dikelar
--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> TUMPAT: Seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 
> dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan ditemui mati dipercayai 
> dikelar dan ditetak rakan setugasnya di sebuah rumah di Wakaf Bharu 
> di sini, semalam.
> 
> Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Mohd Khairul Zaili Mohd 
> Khamel, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah 
di 
> leher, kepala dan kedua-dua tangan.
> 
>






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke