TUMPAT: Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam 
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dihadapkan di Mahkamah 
Majistret, di sini, semalam atas dakwaan membunuh rakan setugasnya 
pada akhir bulan lalu.

Mohd Khir Ariffin, 28, didakwa membunuh Mohd Khairul Zaili Mohd 
Khamel, 21, di rumah bernombor 157 Lorong Depan Klinik dekat Wakaf 
Baru kira-kira jam 7.15 pagi pada 31 Julai lalu.

Pembantu Penguat Kuasa KPDNHEP Kota Bharu terbabit didakwa melakukan 
pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan 
kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz di 
hadapan Majistret Nik Habri Muhamad, manakala tertuduh tidak diwakili 
peguam.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, sebaik pertuduhan 
dibacakan.

Shahidani juga mengemukakan permohonan bagi merujuk tertuduh ke 
hospital psikiatrik untuk menjalani pemeriksaan.

Beliau membuat permohonan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur 
Jenayah dan meminta sebutan semula kes itu ditetapkan dua bulan lagi 
bagi membolehkan tertuduh menjalani pemeriksaan itu.

Nik Habri meluluskan permohonan pendakwa dan menetapkan 12 Oktober 
ini sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit. 

Suasana pilu terasa di mahkamah berikutan kehadiran kira-kira 20 ahli 
keluarga tertuduh termasuk isteri bersama anaknya yang masih kecil 
untuk mengikuti prosiding pendakwaan itu. 

Mengikut laporan media sebelum ini, seorang lelaki ditahan polis 
selepas mengaku membunuh secara mengelar leher dan menetak rakannya 
yang juga pembantu penguat kuasa KPDNHEP Kelantan dengan senjata 
tajam dalam satu kejadian awal pagi dekat Wakaf Bharu.

Kejadian berlaku selepas suspek dikatakan menjemput mangsa di 
rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian, dengan menaiki sebuah 
motosikal untuk bersama-sama ke tempat kerja, sebelum membawa mangsa 
ke rumahnya yang menjadi lokasi pembunuhan itu. //BHarian


>Re: Tumpat: Penguatkuasa KPDNHEP maut dikelar

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> TUMPAT: Seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 
> dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan ditemui mati dipercayai 
> dikelar dan ditetak rakan setugasnya di sebuah rumah di Wakaf Bharu 
> di sini, semalam.
> 





 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke