KOTA BHARU, 2 Ogos – Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, 
Dato' Dahlan Taha mengakui beliau begitu seronok bertugas di negeri 
ini kerana ia penuh dengan ketenangan. 
Katanya, beliau boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana 
sentiasa mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri khususnya 
Menteri Besar dan pegawai serta kakitangan jabatan berkenaan.

"Sekiranya perkataan seronok sesuai digunakan sebagai mengulas 
pengalaman sepanjang saya di sini, memang itulah sebenarnya yang 
berlaku," ujarnya ketika ditemui pada majlis meraikan pertukarannya 
di Pejabat Menteri Besar hari ini.

Dahlan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Ketua Pengarah Jabatan 
Perhutanan Semenanjung Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau bertugas di 
Kelantan selama lima tahun dua bulan bermula awal 2001.

Sepanjang bertugas di negeri ini, beliau berjaya mengekalkan rekod 
kecemerlangan Jabatan Perhutanan Kelantan khususnya bebas budaya 
rasuah.

Selain itu, berjaya memperolehi sijil Pengurusan Hutan Berkekalan 
pada 2003 dan beberapa lagi sijil penghargaan lain.

Ketika di bawah pengurusannya juga Kelantan berjaya mencatat rekod 
dalam Buku Rekod Malaysia apabila berjaya menanam lebih 1,000 pokok 
di seluruh Kelantan, dua tahun lalu.

Dahlan juga berjaya menangani masalah pembalakan dan perlombongan 
secara haram.

Oleh itu, sebagai menghargai jasa yang pernah dicurahkan, beliau 
diraikan sendiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik 
Mat dan timbalannya, Dato' Ahmad Yakob.

Dahlan berkata, walaupun tarikh sebenar bertugas di Kuala Lumpur 20 
Jun lalu, namun memandangkan beberapa perkara harus diselesaikan 
beliau meminta ditundakan tarikh tersebut.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana 
sudi mengadakan majlis perpisahan untuk saya pada hari ini, terima 
kasih kepada semua," ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis itu anggota-anggota Exco dan pegawai-pegawai 
kanan kerajaan negeri serta kakitangan pejabat Menteri Besar./Hrkh
 
 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke