KOTA BHARU, 2 Ogos –  Kerajaan Kelantan dijangka dapat memunggut 
hasil sebanyak RM1.5 juta daripada produk burung layang-layang yang 
kini diternak secara meluas di Kelantan. 
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, 
Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, 
pendapatan itu bakal diperolehi daripada bayaran deposit dan lesen 
menternak burung.

"Sehingga kini terdapat lebih 200 pengusaha di seluruh Kelantan," 
katanya selepas menerima memorandum daripada Persatuan Pengusaha 
Industri Sarang Burung Layang-layang Kelantan, di sini hari ini.

Memorandum berkenaan diserah pengerusinya, Tan Choon Hwa.

Husam berkata, kutipan hasil dijangka bertambah pada masa akan datang 
berikutan bilangan pengusaha yang semakin meningkat.

Beliau juga memberi jaminan akan mengentengahkan rayuan persatuan 
berkenaan berhubung kadar lesen tahunan yang dicadang mereka 
diselaras kepada RM500 setiap rumah burung tanpa mengira keluasan 
atau jumlah tingkat.

Menurutnya pengusaha burung tersebut mendapat keuntungan lumayan  
memandangkan mereka tidak perlu menyediakan keperluan makanan kepada 
burung yang singgah di rumah disediakan.

"Pengusaha hanya perlu menyediakan rumah sahaja, jadi sudah tentu kos 
yang dikeluarkan tidak besar," ujarnya.

Sebelum ini pengusaha dikenakan bayaran sebanyak RM1,000 setiap tahun 
bagi saiz rumah burung seluas 1,000 kaki. 

Bagaimanapun memorandum daripada pengusaha tersebut mahu kerajaan 
negeri mengurangkan bayaran kepada RM500 setahun.

Husam turut mencadangkan pengusaha mempelbagai produk termasuk 
memasak terlebih dahulu produk yang dihasilkan bagi membolehkan ia 
dieksport ke luar negara antaranya China, Thailand, Hong Kong dan 
Jepun.

Tan Chon Hwa merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri 
kerana begitu prihatin terhadap masalah dihadapi pengusaha industri 
terbabit termasuk mengeluarkan lesen kepada mereka.

Katanya, dengan adanya lesen pengusaha burung layang-layang dapat 
menjalankan perniagaan secara sah.

"Bagaimanapun mesyuarat kami di Kota Bharu semalam telah menerima 
pandangan dan rayuan daripada ahli terhadap jumlah bayaran lesen yang 
telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.

"Untuk itu kami di sini ingin merayu agar kerajaan negeri 
mempertimbangkan iaitu kadar lesen tahunan diselaraskan kepada RM500 
setiap rumah burung tanpa berpandukan keluasan atau jumlah tingkat," 
ujarnya.

Sementara itu, Husam juga berkata, rakyat Kelantan digalak memproses 
pokok depu sebagai produk seperti kayu gaharu memandangkan ia banyak 
didapati di kawasan pertanian atau dusun.

Katanya, sebelum ini hanya pokok gaharu sahaja yang boleh digunakan 
untuk membuat wangian, bagaimanapun hasil teknologi sekarang pokok 
depu juga boleh mengeluarkan haruman seperti gaharu.

"Sebagaimana yang kita tahu, pokok ini begitu mahal di pasaran 
antarabangsa dan dengan perkembangan ini ia merupakan berita gembira 
buat penduduk di kampung.

"Mereka boleh mencari rezeki bukan sahaja menerusi industri burung 
layang-layang, sebaliknya mencari pokok depu untuk dijadikan bahan 
pewangi," ujarnya.//Hkrh
 








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke