KOTA BHARU, 2 Ogos - Seramai tiga tokoh wanita akan dipilih pada
sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Kelantan 2006 yang bakal
diadakan pada 28 Ogos ini.
Penolong Pengarah Pembangunan Wanita, Urusetia Pembangunan Wanita,
Belia dan Sukan Negeri, Azlina Che Harun berkata, mereka akan
mewakili kategori pendidikan, keusahawanan dan kemasyarakatan.
"Selain penganugerahan tokoh terbabit, majlis turut diserikan dengan
program bicara tema iaitu forum yang bertajuk `Wanita Kelantan Wanita
Sohor' bertujuan untuk mencungkil rahsia kejayaan dan kehebatan
wanita Kelantan.
"Kita juga akan mempersembahkan kebudayaan kanak-kanak mewakili etnik
Cina, Siam dan India yang berumur di bawah 12 tahun sebagai simbolik
perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kelantan," ujarnya ketika di
temui di pejabatnya di sini.
Azlina berkata, pada sebelah petang program tertutup akan diadakan
yang hanya terbuka kepada golongan hawa sahaja, iaitu pertunjukan
fesyen memperagakan busana muslim.
"Kita juga akan memperkenalkan acara memakai atau mengikat tudung
gaya terkini," katanya.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/