KOTA BHARU: Seorang wanita pengusaha restoran dari Pulau Melaka, 
menjadi mangsa terbaru denggi di negeri ini apabila meninggal dunia 
ketika dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), 
kelmarin.

Mangsa pertama dan kedua meninggal dunia ketika rawatan di Hospital 
Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada Januari lalu. Setakat ini, 
Jabatan Kesihatan Kelantan mengesan 900 kes denggi di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad 
Mahir, berkata sepasukan penyiasat sudah dihantar meninjau kawasan 
kediaman mangsa terbaru itu dan membuat semburan kabus bagi 
membanteras nyamuk aedes.

"Peniaga makanan dari Kota Jembal, Pulau Melaka itu, Nik Salwani Nik 
Mat, 36, menjadi mangsa ketiga denggi, meninggal dunia pada tengah 
Isnin selepas dimasukkan ke HUSM sejak Sabtu lalu," katanya di sini, 
semalam.

Suami mangsa, Hanafi Othman, 42, mendakwa isterinya demam selama tiga 
minggu dan dua kali dirujuk ke HUSM tetapi pegawai perubatan tidak 
membuat pemeriksaan rapi. 

"Kali pertama, isteri saya demam pada 25 Julai lalu dan saya 
membawanya berjumpa doktor di Unit Kecemasan HUSM tetapi hanya diberi 
ubat demam. 

"Seminggu selepas itu, demam isteri saya tidak berubah, malah semakin 
panas dan saya membawanya kembali ke HUSM, sekali lagi pegawai 
perubatan memberi ubat sama," katanya.

Katanya, pada Sabtu lalu, selepas melihat isteri semakin lemah, dia 
membawa semula isterinya ke HUSM dan meminta doktor membuat 
pemeriksaan rapi sebelum darah diambil untuk pemeriksaan lanjut.

"Pemeriksaan darah mendapati isteri saya positif denggi dan 
menyebabkan dia dimasukkan ke wad tetapi meninggal dunia Isnin lalu 
kerana kuman sudah merebak ke otaknya," katanya ketika ditemui di 
rumah bapa mentuanya di Kota Jembal di sini, semalam.

Katanya, seminggu sebelum isterinya demam, dua sepupu mereka berusia 
20 tahun dan 50-an turut menjadi mangsa denggi dan dimasukkan ke 
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu./BHarian







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke