KOTA BHARU: Seramai 20 lelaki sudah menawarkan diri untuk mengahwini 
wanita Orang Asli dan menjadi pendakwah di penempatan mereka sekitar 
Hulu Kelantan, berikutan tawaran ganjaran RM10,000 serta elaun 
bulanan RM1,000 oleh kerajaan negeri.

Mereka menyuarakan hasrat itu dengan menawarkan diri di pejabat 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) sejak tawaran itu 
diumumkan Kerajaan Pas Kelantan di Dewan Undangan Negeri lebih 
sebulan lalu.

Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latiff, berkata semua lelaki terbabit 
diarah membuat permohonan rasmi menerusi borang yang disediakan untuk 
pengambilan Pegawai Hal Ehwal Islam yang diiklankan minggu lalu

"Kita akan membuat saringan terhadap calon yang memohon sebelum 
mereka dilantik sebagai pendakwah dan ditempatkan di kawasan 
penempatan Orang Asli negeri ini.

"Pendakwah akan menikmati elaun bulanan RM1,000 di samping insentif 
RM10,000 jika mengahwini wanita Orang Asli serta tinggal di 
perkampungan mereka, manakala gaji pukal sebagai Pegawai Hal Ehwal 
Islam lebih RM2,000 sebulan," katanya kepada Berita Harian, di sini, 
semalam.

Ismail berkata, pihaknya bercadang melantik sekurang-kurangnya enam 
pendakwah mengisi kekosongan jawatan itu yang diluluskan kerajaan 
negeri untuk tujuan dakwah di kalangan Orang Asli sekitar Hulu 
Kelantan.

"Syarat sedia berkahwin dengan wanita Orang Asli bukan menjadi 
keutamaan dalam pemilihan mereka yang berminat menjadi pendakwah 
kerana yang penting mereka berkebolehan. 

"Sekurang-kurangnya mereka mestilah berkelulusan Sarjana Muda dalam 
bidang Syariah atau berpengetahuan luas dalam ilmu agama termasuk 
menguasai hadis, tauhid serta fiqah di samping boleh mengaji dan 
mengajar al-Quran," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah 
negeri, Hassan Mohamood, berkata setakat ini, hanya 2,904 daripada 
10,432 Orang Asli yang tinggal di lapan pos penempatan sekitar Gua 
Musang dan Kuala Krai, memeluk Islam.

Mereka adalah dari perkampungan Orang Asli Pos Brook dan Hendrop, 
Pihai, Lebir, Pasik, Blau, Pulat, Tohoi dan Balar.//BHarian



Re: Kelantan : Ganjaran RM10,000 Kahwini Orang Asli

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BAHARU, 26 Jun -- Kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan memberi 
> ganjaran RM10,000 kepada orang Islam, khususnya pendakwah, yang 
> berkahwin dengan Orang Asli dalam usaha meningkatkan usaha dakwah 
di 
> kalangan masyarakat itu di negeri ini.
> 
> Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Kelantan Hassan 
> Mahmood berkata kerajaan negeri juga menyediakan tempat tinggal 
> kepada mereka di perkampungan Orang Asli terutama di Gua Musang dan 
> Jeli bagi memudahkan mereka menjalankan kegiatan dakwah.
> 
> "Usaha ini dibuat kerana kerajaan tidak puas hati dengan pencapaian 
> dakwah (dalam kalangan Orang Asli) setakat ini kerana data 2005 
> menunjukkan hanya 2,094 Orang Asli memeluk Islam berbanding 12,000 
> orang Asli yang ada di Kelantan," katanya kepada pemberita semasa 
> persidangan Dewan negeri berhenti rehat.
> 
> Beliau menjelaskan bahawa ganjaran itu juga merupakan sebahagian 
> daripada insentif kepada penggerak masyarakat Orang Asli di dalam 
> Unit Dakwah Orang Asli di bawah Jabatan Agama Islam Kelantan yang 
> baru ditubuhkan.
> 
> Terdahulu semasa menjawab soalan Mohamad Adhan Kecik (BN-Bukit 
> Bunga), Hassan berkata adalah tidak lewat menubuhkan unit dakwah 
itu 
> dalam usaha memperkasakan gerakan dakwah terhadap Orang Asli.
> 
> Selain ganjaran RM10,000, Hassan berkata kemudahan lain yang 
> disediakan kepada penggerak masyarakat ini ialah elaun hampir 
> RM1,000, tempat tinggal dan kenderaan pacuan empat roda.
> 
> Katanya apabila mereka berkahwin, pendakwah khususnya, yang sebelum 
> ini tidak suka tinggal di kawasan pedalaman dan suka berulang alik, 
> akan diberi tempat tinggal di sana.
> 
> "InsyaAllah, (kami akan beri ganjaran itu) kepada pendakwah lelaki 
> dan wanita," katanya.
> 
> Beliau berkata antara usaha Jabatan Agama Islam Kelantan memberi 
> tumpuan kepada kegiatan dakwah di kalangan masyarakat Orang Asli, 
> ialah ia akan menambah jumlah pegawai dan kakitangan unit dakwah 
itu 
> setelah melantik pegawai bertaraf S41 dengan dibantu lima penggerak 
> masyarakat dan seorang pembantu tadbir.
> 
> Sebelum ini usaha dakwah dalam kalangan Orang Asli dijalankan 
dengan 
> kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 
> (Maik), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
> 
> Sementara itu, Saufi Deraman (BN-Galas) ketika ditemui pemberita, 
> mempersoalkan rasional ganjaran seperti itu dibuat, memandangkan di 
> zaman Rasulullah SAW tidak pernah diamalkan memberi sebarang habuan 
> atau harta jika masuk Islam.
> 
> "Bagaimana pula dengan orang Islam di negeri ini? Kenapa mereka 
yang 
> berkahwin dengan orang India dan Cina tidak diberi ganjaran serupa, 
> mereka juga rakyat Malaysia seperti Orang Asli?," soalnya.//Bernama
>







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke