KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) percaya
ramai lelaki Kelantan sanggup menjadi pendakwah untuk ditempatkan di
kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman Gua Musang.
Ia berdasarkan permohonan jawatan kosong yang diiklankan JHEAIK dan
berdasarkan borang yang dikembalikan pemohon bagi mengisi jawatan
sebagai pegawai hal ehwal agama.
Bagaimanapun, setiap pemohonan akan menghadapi temuduga dan jika
mereka berhasrat menjadi pendakwah semata-mata hanya untuk
mendapatkan imbuhan RM10,000, ia tidak akan mendapat layanan.
Pengarah JAHEAIK, Datuk Ismail Latiff, berkata sehingga kini, lebih
50 permohonan dikembalikan dan ia membabitkan lelaki tempatan yang
kebanyakan dari mereka berkelayakan dan memiliki kelulusan dalam
bidang agama.
Bagaimanapun, katanya, JHEAIK tidak akan melayani lelaki yang memberi
kesanggupan menjadi pendakwah di kawasan perkampungan Orang Asli
hanya kerana mahu mendapatkan imbuhan wang RM10,000 serta berkahwin
dengan wanita Orang Asli.
"Syarat kami tetapkan memang ketat, selain kelayakan akademik dalam
bidang agama, kita juga memberi keutamaan kepada lelaki yang ikhlas
menjadi pendakwah.
"Jika lelaki itu layak dari segi pendidikan dan mempunyai latar
belakang agama yang sempurna, tetapi memberi kesanggupan menjadi
pendakwah Orang Asli hanya untuk mendapatkan imbuhan wang, tidak akan
diberi pertimbangan," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Ismail berkata, tarikh permohonan jawatan itu sudah ditutup minggu
lalu dan sebelum jawatan itu diiklankan pihaknya menerima permohonan
daripada lebih 20 lelaki yang tampil untuk menjadi pendakwah Orang
Asli.
"Kita membuat saringan terhadap calon yang memohon sebelum terpilih
menjadi pendakwah dan ditempatkan di kawasan penempatan Orang Asli
Gua Musang.
"Mereka yang berjaya terpilih menjadi pendakwah itu menikmati elaun
bulanan RM1,000 di samping insentif RM10,000 serta sanggup mengahwini
wanita Orang Asli dan tinggal di perkampungan mereka sehingga tamat
tempoh bersara seperti pegawai kerajaan lain," katanya.
Beliau berkata, setiap pendakwah itu dikategorikan kakitangan
kerajaan yang digaji pukal sebagai pegawai hal ehwal Islam melebihi
RM2,000 sebulan.
Ismail berkata, pihaknya hanya melantik enam pendakwah mengisi
jawatan itu yang akan diluluskan kerajaan negeri untuk tujuan
mendakwah penduduk Orang Asli sekitar Hulu Kelantan.
"Syarat sedia kahwin dengan wanita Orang Asli bukan menjadi keutamaan
dalam pemilihan mereka yang berminat menjadi pendakwah, kerana yang
penting mereka berkebolehan dan memiliki ilmu agama.
"Sekurang-kurangnya berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang syariah
atau berpengetahuan luas dalam ilmu agama termasuk menguasai hadis,
tauhid serta fiqah di samping kebolehan mengaji dan mengajar al-
Quran." katanya.//HMetro
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/