GUA MUSANG: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ciku Tujuh
maut apabila lehernya tersepit pada besi buaian pusing dinaiki
bersama adiknya di ekspo Bandar Chiku di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam ketika Mohamad Suhaimi
Abdullah, 12, menghulur kepalanya menerusi lubang buaian itu, yang
berhenti pada ketinggian 20 meter untuk mengambil pelanggan yang
menunggu di bawah.
Tragedi itu disaksikan adik mangsa, Mohd Shukri, 10, yang berada
bersama dalam buaian dan hanya mampu menjerit meminta tolong selepas
usahanya menarik kepala abangnya yang tersepit tidak berhasil.
Shukri berkata, jentera buaian itu berhenti untuk membolehkan
penumpang memasuki buaian di bawah. Ketika itu, abangnya menghulur
kepala menerusi lubang buaian untuk melihat persembahan dikir barat
diadakan di tapak ekspo itu.
"Tanpa kami sedar, buaian itu bergerak menyebabkan kepala abang
tersepit pada besi. Saya cuba menariknya, tetapi gagal, saya jerit
panggil ayah di bawah tetapi bunyi jentera buaian yang bising.
"Saya terus jerit sampai ayah yang berada di bawah terdengar. Ayah
cepat minta buaian dihentikan dan pekerja panjat menyelamatkan abang
yang masih tersepit," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu,
ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Shukri berkata, dia melihat abang menggelepar apabila lehernya
tersepit sebelum senyap. "Ketika abang dikeluarkan dia sudah
meninggal," katanya.
Bapa mereka, Abdullah Mat Zain, 46, berkata ketika kemalangan itu,
dua anaknya baru kira-kira 10 minit menaiki bakul buaian terbabit.
"Dalam kebisingan itu, saya terdengar jeritan Shukri sebelum
mendongak dan nampak kepala Suhaimie tersepit pada besi pemusing.
Saya segera menyuruh pekerja buaian itu berhenti dan segera
membantu," katanya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Ahmah Sofian Md Yassin,
berkata kejadian itu berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu untuk
menaiki permainan terbabit.
Beliau berkata, mangsa mati akibat cedera parah di kepala yang
tersepit pada besi pemusing dan meninggal dunia di tempat
kejadian.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/