GUA MUSANG: Permainan buaian pusing di tapak ekspo Bandar Ciku, dekat sini, masih digantung operasinya oleh Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) selepas kejadian yang meragut nyawa seorang pelajar tahun enam Sabtu lalu.
Bagaimanapun, empat permainan lain serta pelbagai gerai perniagaan dibuka seperti biasa tetapi keadaannya didapati lengang. Malah, permainan buaian pusing yang didakwa kurang selamat itu juga sudah siap diubah suai oleh penganjur termasuk memasang jaring besi bagi menutup semua lubang seperti diarahkan pihak berkuasa. Penganjur ekspo itu, Mohamad Yusof Mahmood, berkata tidak ada apa lagi yang perlu dibangkitkan mengenai ciri-ciri keselamatan pada buaian terbabit kerana ia sudah diubahsuai demi menjaga keselamatan pengguna. "Lagipun, kejadian malam Sabtu lalu sudah diakui pihak berkuasa bukan berpunca daripada kecuaian penganjur, sebaliknya pelajar itu sendiri," katanya. Mohamad Yusof mengakui selepas kemalangan itu, permainan dan perniagaan di ekspo berkenaan merosot dan terpaksa ditutup awal berbanding jadual asal iaitu kira-kira jam 12 tengah malam. "Saya berharap pihak berkuasa membenarkan semula operasi permainan ini kerana ia dapat menarik minat pengunjung," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Sabtu lalu, Mohamad Suhaimie Abdullah, 12, maut selepas lehernya tersepit pada besi buaian pusing itu ketika menghulurkan kepalanya untuk melihat pertunjukan dikir barat bersebelahan. Mangsa menaiki buaian pusingan itu bersama adiknya, Mohd Shukri, 10 manakala bapanya, Abdullah Mat Zain, 46, menunggunya di bawah. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian leher.//HMetro --- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > GUA MUSANG: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ciku Tujuh > maut apabila lehernya tersepit pada besi buaian pusing dinaiki > bersama adiknya di ekspo Bandar Chiku di sini, malam kelmarin. > Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
