GUA MUSANG: Pencemaran air Sungai Nenggiri semakin serius sejak
kebelakangan ini berikutan kegiatan pembalakan dan pembuangan racun
tidak terkawal di bahagian hulu sungai berkenaan khususnya sekitar
Lojing.
Berikutan itu, ribuan penduduk terutama kaum Orang Asli yang tinggal
di sepanjang sungai berkenaan bimbang menggunakan air sungai sebagai
keperluan harian kerana terdedah kepada pelbagai penyakit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Yusoff Ab Ghani,
berkata awal tahun ini ramai penduduk diserang penyakit gatal kulit
selepas mandi di sungai itu.
Beliau berkata, mereka yang tinggal di sepanjang tepi sungai
berkenaan kini tiada sumber air lain untuk menampung keperluan harian.
Katanya, langkah perlu diambil bagi menyelesaikan masalah keperluan
air kepada mereka secepat mungkin termasuk mendapatkan air secara
secara tandak di kawasan bukit berhampiran.
"Saya menerima banyak aduan berhubung masalah pencemaran air sungai
itu hingga menjelaskan kesihatan keluarga yang menggunakan sungai itu
setiap hari," katanya pada majlis dialog bersama penduduk di Kampung
Kuala Betis, dekat sini, semalam.
Sebelum itu, beliau dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah, menyertai pertandingan menyumpit sempena majlis Mesra
Pemimpim anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Gua
Musang.
Mohd Yusoff berkata, masalah itu sudah dikemukakan kepada pihak
berkenaan untuk membuat pemantauan terhadap pencemaran air sungai,
tetapi belum ada tindakan yang lebih serius untuk menanganinya.
Bagaimanapun, beliau akan berusaha bersama pemimpin lain untuk
mengatasi masalah itu dengan melaksanakan projek bekalan air tandak
dan punca air itu sudah dikenal pasti.
"Saya juga akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Gua Musang untuk
melaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana kita khuatir jika
keadaan itu tidak pandang serius kemungkinan kesihatan penduduk terus
terjejas.
"Saya akui memang sudah ada kemudahan bekalan air paip disediakan Air
Kelantan Sendiri Berhad (AKSB), tetapi ia tidak mencukupi dan kerap
berlaku putus bekalan," katanya.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/