Polis, bomba diminta siasat kebakaran 170 gerai Bazar Kuda
KOTA BHARU: Kerajaan negeri meminta polis dan bomba menjalankan
siasatan berhubung punca kebakaran yang membabitkan 170 unit gerai
bazar yang dikosongkan sejak kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan,
Takiyuddin Hassan, berkata setakat ini pihaknya belum menerima
laporan daripada polis dan bomba berhubung punca kebakaran itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri akan melakukan
pembersihan dengan segera kawasan kebakaran itu dan membina bangunan
kedai dan surau seperti yang dirancangkan sebelum ini.
Katanya, selain itu, bantuan segera daripada Tabung Serambi Makkah
akan disampaikan kepada peniaga terbabit bagi meringankan beban
mereka.
"Selain itu, kita akan menyediakan tapak perniagaan sementara yang
sesuai termasuk di bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan (PKINK) yang sudah menempatkan peniaga terbabit selepas
mereka diarahkan mengosong bangsal kuda itu," katanya di sini.
Takiyuddin berkata, kerajaan negeri ada menerima rungutan daripada
peniaga yang dikatakan tidak mampu untuk menyewa bangunan berkenaan
kerana setakat ini tidak ramai pelancong yang mengunjungi kawasan
berkenaan.
Katanya, bagi mengatasi masalah ini, Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)
akan membantu peniaga untuk menarik pelancong dengan mengadakan
pelbagai promosi.//BHarian
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/