SMKKB tanam herba di sekolah
CERIA: Sebahagian tanaman herba yang diusahakan di perkarangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu (SMKKB).
Wijadi, Jasben Plantation bantu pupuk kesedaran di kalangan pelajar
KOTA BHARU: Kebanyakan generasi muda kini semakin lupa dan tidak mengenali pokok herba serta kepentingan khasiatnya kepada manusia, meskipun ia banyak terdapat di sekeliling rumah.
Menyedari hakikat ini, program penanaman pokok herba wajar dilaksanakan pada peringkat sekolah lagi supaya kesedaran terhadap kepentingannya terus subur dan terpelihara.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu (SMKKB) dipilih sebagai tuan rumah bagi pelancaran program penanaman pokok herba jangka pendek di sekolah peringkat negeri, baru-baru ini.
Program itu tajaan bersama Wanita Inovatif Jayadiri (Wijadi) Kelantan dan Jasben Plantation.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Salleh Mohd Hussein. Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Ismail Mohd Noor, Pengarah Urusan Jasben Plantation, Mohd Noor Ibrahim dan Pengerusi Wijadi Kelantan, Che Aniha Datuk Ishak.
Pengerusi Jawatankuasa program itu, yang juga Penolong Kanan Kokurikulum SMKKB, Sarudin Ismail, berkata program itu antara lain bertujuan mewujudkan masyarakat yang sentiasa menjadikan herba sebagai amalan pemakanan harian.
Selain itu, ia juga bagi mengalih pandangan masyarakat supaya tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan moden yang mempunyai banyak kesan sampingan.
"Sebaliknya dengan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba dapat melahirkan masyarakat yang mengutamakan pencegahan sesuatu penyakit daripada merawatnya," katanya.
Sarudin berkata, program ini juga bertujuan memupuk generasi menghargai anugerah Tuhan yang mengurniakan pelbagai jenis pokok herba yang dapat mengawal dan merawat pelbagai jenis penyakit, selain memanfaatkan tumbuhan alam semula jadi dalam kehidupan harian.
"Ia juga mampu melahirkan generasi yang mengenali dan menggunakan pokok herba untuk menjaga kesihatan," katanya.
Sempena pelancaran itu, pelajar sekolah terbabit menyertai gotong-royong menanam pokok herba itu di perkarangan sekolah, selain membuat landskap berasaskan pokok herba di persekitaran kawasan sekolah.
Ketika ini lebih 100 pokok herba ditanam pelajar di perkarangan sekolah ini, yang benihnya disumbangkan oleh Jasben Plantation Sdn Bhd, sebuah syarikat pengusaha herba.
Antara pokok herba sumbangan syarikat itu ialah kenerak atau nama saintifiknya goniotthalamuh/umbrosus; lidah ular, barah hantu, misai kucing, kancing baju merah (tritax procumbues), kecubung, larak, mata ayam dan mas cotek.
Mohd Noor berkata, semua terbabit boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuk kencing manis, darah tinggi, jantung dan paru-baru berair.
Beliau berharap, projek perintis tanaman herba yang dilaksanakan di sekolah ini akan menjadi contoh kepada sekolah lain untuk mengadakan projek yang sama di tempat masing-masing dari semasa ke semasa.
FAKTA
Projek tanam herba
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
SPONSORED LINKS
| Florist malaysia | Malaysia hotel |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
