Oleh Lesco
Assalamualaikum
Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura pada dasarnya amat baik
terutama dalam aspek menjalin hubungan yang baik dengan negara jiran
itu yang sedikit terjejas akhir-akhir ini disamping kerana tujuan
ekonomi. Namun, kalau dilihat secara keseluruhanya termasuk kerjasama
dua hala untuk merealisasikan projek ini mungkin agak sukar.
Pengalaman lepas boleh menjadi pengalaman dan sikap berhati-hati kita
terutama mengenai kepentingan Negara.
Merujuk kebimbangan Alnorulhadi dalam forum Utusan terhadap KLIA yang
kemungkinan akan terjejas akibat projek ini ada asasnya di mana
rakyat Singapura yang menjadi sasaran utama pengguna projek keretapi
laju akan memilih pengangkutan keretapi dari pengangkutan udara.
Kerajaan seharusnya memberi keutamaan terhadap sesuatu projek
berdasarkan jumlah penggunaan dan bagaimana ia memberi manfaat kepada
rakyat.
Saya amat setuju dengan saranan saudara Bahar M dalam forum Utusan
mengenai Keretapi Laju Kuala Lumpur - Kelantan. Projek Keretapi Kuala
Lumpur ke Pantai Timur ini seharusnya menjadi keutamaan kerajaan
untuk dibuat kajian. Perbandingan jumlah penumpang keretapi antara
Kuala Lumpur - Singapura dan Kuala Lumpur - Tumpat amat ketara sekali
dimana jumlah penumpang ke Pantai Timur adalah lebih ramai.
Penggunaan keretapi antara dua haluan ke selatan dan ke timur ini
seharusnya menjadi ukuran utama dalam kajian untuk projek ini.
Saya amat berharap sekiranya kerajaan ingin membina projek keretapi
laju maka laluan ke Pantai Timur sepatutnya diberi keutamaan.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/