KOTA BHARU, 8 Ogos - Kelantan kini sedang berusaha mengembangkan
industri pengeluaran makanan halal ke peringkat global iaitu sesuai
dengan dasar kerajaan negeri mengutamakan sektor pertanian.
Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),
Haji Wan Yahya Wan Salleh berkata, sebagai anak syarikat kepada
kerajaan negeri pihaknya turut mempelbagaikan projek termasuk
mengembangkan industri makanan halal dan projek perladangan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja
bertajuk 'Business Opportunities in Kelantan' sempena program
International Muslim Business Network Workshop 2006 yang diadakan di
Hotel New Pacific, Sabtu lalu.
Seramai 150 peserta, di mana 60 orang daripadanya terdiri dari
kalangan pengusaha luar Kelantan termasuk luar negara menghadiri
program yang diadakan selama dua hari itu.
Wan Yahya berkata, industri makanan halal diutamakan bagi mengimbangi
pengeluaran produk luar yang dihasilkan usahawan bukan muslim.
Malah, ia selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang berhasrat
untuk lahir sebagai sebuah negeri pengeluar makanan halal terulung di
rantau ini dan peringkat antarabangsa.
"Bersesuaian juga dengan Kelantan sebagai sebuah negeri pertanian,
kerajaan turut menekankan sektor ini dengan mempelbagaikan produknya
seperti durian, rambutan, dokong dan sebagainya.
Menurutnya juga terdapat projek lain yang turut dikendalikan anak-
anak syarikat PKINK menerusi usahasama antaranya tanaman buah-buahan,
industri pembuatan getah, perkayuan dan perlombongan.
"Lain-lain industri kecil yang diusahakan di kampung-kampung termasuk
menghasilkan barangan kraftangan seperti gasing, wau, pembuatan
tembikar dan lain-lain lagi. Produk ini menjadi tarikan utama
pelancong," ujarnya.
Beliau juga berkata, terdapat dua kawasan industri utama di Kelantan
iaitu kawasan perindustrian Pengkalan Chepa l dan ll, selain itu
terdapat juga di Jeli, Tanah Merah, Kemubu dan Gua Musang.
Kawasan industri di Mukim Apam Pasir Mas pula melibatkan keluasan 50
ekar dan Tok Bali di Pasir Puteh (120 ekar).
Dalam sektor pertanian katanya, projek penanaman buah-buahan yang
dikendalikan anak syarikat PKINK di Ladang Rakyat atau Dataran Rabuah
di Jeli pada 1996 telah mengeluarkan hasilnya.
Projek pertama di Jeli melibatkan kawasan seluas 500 ekar ditanam
durian dan dokong. Manakala projek kedua yang diusahakan pada tahun
2000 dimajukan di Mukim Jelai, Gua Musang melibatkan kawasan seluas
400 ekar.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/