KOTA BHARU, 8 Ogos - Kepemimpinan Pengerusi Perhubungan Umno 
Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa menerima tamparan hebat lagi apabila 
orang harapannya di Ketereh meletak jawatan baru-baru ini.

Menurut sumber, pemimpin terbabit meletak jawatan sebagai Penyelaras 
Parlimen Ketereh dan Setiausaha Penyelia Projek Program Pembangunan 
Rakyat Termiskin (PPRT) bagi Parlimen Ketereh.

Katanya, pemimpin terbabit juga adalah penyelaras peti undi peringkat 
Dun Kadok dan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Ketereh sejak 1993 
sehingga sekarang.

"Pemimpin berkenaan telah menghantar surat meletak jawatan kepada 
Annuar kira-kira dua minggu lalu," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, perkembangan yang berlaku itu secara jelas menggambarkan 
krisis dalaman sedang hangat berlaku di bahagian Ketereh, di mana 
Annuar juga adalah Ketua Bahagian.

Difahamkan pemimpin terbabit meletak jawatan kerana tidak senang 
dengan kepemimpinan Ketua Bahagian yang dikatakan tidak mengutamakan 
kebajikan rakyat, sebaliknya lebih pentingkan agenda sendiri.

Sebelum ini, penyokong-penyokong Umno di Ketereh mendakwa pergolakkan 
dalaman di antara Ketua Bahagian dan anggota Parlimen Ketereh, Dato' 
Alwi Che Ahmad tidak dapat disembunyikan lagi.

Kata mereka Alwi juga mungkin tidak dapat mempertahankan kerusinya 
sebagai anggota Parlimen Ketereh pada pilihan raya akan datang 
memandangkan Ketua Bahagian juga dikatakan berminat kerusi itu.

"Ini kerana impiannya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan tidak lagi 
kesampaian memandangkan ruang bagi Umno untuk menawan negeri ini 
semakin sempit setelah gagal pada pilihan raya umum lalu.

"Sepatutnya dengan bantuan persempadanan semula kawasan pilihan raya, 
Umno mempunyai peluang cerah untuk menawan Kelantan, namun ia tidak 
menjadi kenyataan. Keadaan ini menyebabkan Annuar dikatakan akan 
beralih ke peringkat Parlimen pula bagi menjamin masa depan 
politiknya," ujar beliau.

Malah kata mereka, ada juga terdengar desas desus Annuar akan 
mengikut jejak langkah Dato' Mustapa Mohamed yang bertanding di 
kerusi Dun dan Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

Annuar sekarang adalah Adun Kok Lanas, menang pilihan raya umum lalu 
dengan bantuan undi pos.

Menurut mereka, situasi yang berlaku itu menyebabkan kedudukan Alwi 
semakin tersempit biar pun dia sedang ditonjolkan di peringkat Pusat 
termasuk beberapa kali dijemput menjadi ahli panel pada program Debat 
Perdana di TV1 dan program bersama ahli Parlimen.

Seorang bekas anggota Jawatankuasa Umno yang enggan dikenali berkata, 
kesan kedatangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke 
Kelantan 28 Julai lalu telah berjaya mengkucar kacirkan Umno  yang 
sudah rentak. 

Ia dibuktikan apabila seramai 80 ahli Umno di Kusial Baru, Dun Gual 
Ipoh dan 30 ahli Umno di Cawangan Berchang, Dun BUkit Panau menyerah 
borang menyertai PAS baru-baru ini.

Di Kusial Baru diketuai bekas pemuda tahan lasak, Mohamad Ismail, 89 
dan bekas Ketua Umno Cawangan Berhang, Abdul Kadir Che Soh mengetuai 
rakan-rakan di Berchang. Mereka menyerah borang kepada Pesuruhjaya 
PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.//Hrkh  
 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke