PENGKALAN CHEPA, 8 Ogos - Jumlah kemalangan maut di Kelantan
mencatat penurunan dari bulan Januari hingga Mei tahun ini berbanding
tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Peratusan kemalangan maut yang dicatat Januari hinggga Mei tahun ini
sebanyak 0.7 peratus, sedangkan dalam tempoh sama tahun 2005 sebanyak
25.7 peratus.
Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Kelantan, Mejar
(B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, pada 2005 Kelantan mencatat
kenaikan kemalangan sebanyak 0.7 peratus, manakala kemalangan maut
meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding 2004.
"Walau pun jumlah kemalangan maut telah menurun tahun ini, namun MKJR
tetap meneruskan kempen keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan
raya khususnya pelajar," katanya ketika merasmikan Pertandingan
Pendidikan Lalulintas Shell Sekolah-Sekolan Peringkat Negeri
Kelantan, di Litar MKJR di Jalan Padang Tembak, dekat sini semalam.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, MKJR bercadang
mengadakan program kempen keselamatan jalan raya di peringkat sekolah-
sekolah di seluruh daerah di negeri ini pada masa akan datang.
Pada majlis yang sama beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap
segelintir remaja yang terbabit dengan perlumbaan motosikal secara
haram dan mendampingi kumpulan mat rempit.
"Selain itu didapati ramai remaja menunggang motosikal ke sekolah di
kawasan bandar tidak memakai topi keledar. Dan yang paling
menyedihkan ada antara mereka terlibat dengan kumpulan mat rempit.
"Menunggang secara melulu, bukan sahaja membahayakan diri sendiri
tetapi juga membahayakan kepada pengguna jalan raya yang lain,"
ujarnya.
Oleh itu, beliau berharap mendapat kerjasama ibu bapa dan pihak
sekolah bagi mengelak pelajar terlibat dengan kumpulan mat rempit dan
tidak memiliki lesen ketika menunggang motosikal ke sekolah.
Program tersebut berlangsung selama 10 hari diadakan dengan kerjasama
Shell Trading Sdn Bhd. Sebanyak 88 sekolah menyertai pertandingan
kali ini berbanding 65 sekolah pada tahun lepas.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/