KOTA BHARU, 8 Ogos - Badan sukarelawati, Nisa' Kelantan mencatat
sejarah apabila mempunyai bangunan sendiri yang menempatkan pejabat
dan pusat kegiatannya dikenali 'Vila Nisa'.
Pengarah Nisa' Kelantan, Salwati Mohd Arifin berkata, vila berkenaan
mempunyai empat bilik terletak di Kampung Telok Baru, Guchil Bayam,
dekat sini.
Katanya, Vila Nisa' bakal beroperasi 24 jam selepas dirasmikan tidak
lama lagi. Difahamkan Nisa' Kelantan adalah yang pertama di negara
ini mempunyai vila sendiri.
"Bagaimanapun sekarang kita belum lagi menetapkan tarikh
perasmiannya. Dengan adanya vila ini, pelbagai program bakal diadakan
di situ antaranya kelas fardhu ain, kaunseling atau bimbingan akhlak
dan tuisyen untuk membantu golongan remaja," katanya di sini.
Beliau berkata, Nisa' memberi penekanan dari segi ilmu pengetahuan
untuk membantu golongan remaja khususnya bagi mereka yang bakal
menduduki peperiksaan.
Salwati yang memikul tanggungjawab berkenaan pada Jun lalu
memberitahu, terdapat tiga unit penting yang menjadi agenda gerakan
Nisa' iaitu Unit Unit Khidmat Kaunseling, Unit Kerjaya dan Unit
Pembangunan Insan.
Beliau berkata, selepas pelancaran Nisa' peringkat negeri tahun lalu,
sehingga kini lebih 800 remaja Kelantan telah mengganggotai unit
sukarelawan tersebut antaranya di Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas.
"Setiap kawasan parlimen disasarkan sebanyak 200 ahli. Kita yakin
jumlah keahlian akan bertambah apabila majlis pelancarannya diadakan
di semua jajahan dalam masa terdekat ini," ujarnya.
Menurutnya, sehingga kini pelbagai program dan bengkel telah
dianjurkan Nisa' di peringkat negeri termasuk kursus kepemimpinan
membabitkan golongan remaja.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/