PASIR PUTEH, 8 Ogos - Hanya melalui kefahaman pendidikan Islam
sebenar sahaja mampu membendung menularnya gejala Islam Liberal, yang
kini sedang diperjuangkan pihak tertentu di Malaysia.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya
melalui pembelajaran di institusi pondok, masjid dan sekolah agama
membolehkan masyarakat dan pelajar mendalami ilmu agama.
"Umat Islam kena berpegang kepada akidah Islam yang sebenar bagi
mengelakkan terpesong sehingga terjerumus kepada ajaran Islam liberal
dan plural," katanya ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Pondok
Diniah Al-Faliah, Kampung Dalam Huma, Dun Semerak dekat sini, baru-
baru ini.
Menurutnya, instituasi pondok berperanan penting bagi menyebarkan
ilmu agama sebagai kesinambungan ajaran yang disampaikan Rasulullah
s.a.w ketika mula-mula berhijrah dari Makkah ke Madinah.
"Sewaktu Rasullulah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah didapati
tempat untuk orang Islam berlajar ilmu agama tidak banyak sehingga
baginda mendirikan masjid dan institusi pondok seperti yang ada
sekarang.
"Maknanya usaha mewujudkan pusat pengajian pondok adalah menyambung
kerja-kerja Nabi s.a.w bagi menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk
dunia," ujarnya.
Menteri Besar juga berkata, bagi mempertahankan pusat pengajian
pondok terus kekal, kerajaan perlu memainkan peranannya bagi
membantunya termasuk dari aspek kewangan.
Malangnya kata beliau juga ada sesetengah kerajaan negeri yang
kononnya mahu mendaulatkan Islam, namun perkara-perkara mungkar masih
dibiarkan berleluasa.
Beliau juga berkata, Islam adalah agama yang membawa kedamaian dan
menolak perselisihan.
Lebih 500 hadir mendengar kuliah tersebut termasuk Adun Limbongan,
Drs Zainuddin Awang Hamat, Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan
Ibrahim serta pengajar dan pelajar pondok terbabit.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/