KOTA BHARU: Pendekatan bersepadu semua pihak, terutama agensi 
kerajaan negeri dan Pusat perlu bagi menangani kemalangan jalan raya 
membabitkan remaja dan pelajar di negeri ini. 

Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kelantan, Mejar (B) Md 
Anizam Ab Rahman, berkata pembabitan agensi penguat kuasa seperti 
polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) saja tidak cukup. 

"Selain agensi itu, pendekatan bersepadu membabitkan semua pihak 
termasuk institusi agama, badan sukarela dan sekolah perlu 
digemblengkan dalam usaha menangani kemalangan jalan raya yang 
meningkat di negeri ini setiap tahun. 

"Penerapan nilai seperti mendedahkan remaja menghargai nyawa masing-
masing menerusi didikan agama boleh diberikan kepada remaja oleh imam 
masjid dan guru agama. 

"Walaupun kadar kemalangan jalan raya di Kelantan dalam tempoh lima 
bulan tahun ini menurun 0.7 peratus berbanding tahun lalu, kemalangan 
membabitkan penunggang motosikal khususnya pelajar dan remaja bawah 
umur masih ketara," katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan 
Alam Sekitar negeri, memberitahu demikian selepas merasmikan 
Pertandingan Pendidikan Lalulintas Shell Sekolah-Sekolah peringkat 
negeri, di Taman Litar MKJR, Jalan Padang Tembak, dekat sini, 
kelmarin. 

Sebanyak 88 sekolah membabitkan lebih 100 pelajar dari seluruh negeri 
mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang merangkumi tiga 
kategori iaitu pemandu kereta, penunggang motosikal dan pejalan 
kaki.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke