TANAH MERAH: Sejumlah 4,010 kemalangan jalan raya yang menyebabkan 
174 kematian dilaporkan di seluruh negeri ini dalam tempoh enam bulan 
pertama tahun ini.

Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan Jabatan Pengangkutan 
Jalan (JPJ) negeri, Mohd Sani Mistan, berkata purata 300 kes 
kemalangan membabitkan 16 kematian berlaku di setiap daerah.

Beliau berkata, angka itu agak membimbangkan jika dibandingkan dengan 
7,127 kes kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 290 kematian 
sepanjang tahun lalu.

"Sebahagian besar kemalangan membabitkan motosikal, kenderaan berat 
dan kenderaan pengangkutan awam.

"JPJ sebagai agensi kerajaan bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan 
undang-undang di jalan raya, percaya kemalangan yang semakin 
meningkat sekarang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab 
pengguna sendiri," katanya pada program JPJ Bersama Masyarakat di 
Kampung Gual Ipoh, dekat sini, kelmarin.

Sempena program itu, JPJ berjaya mengutip hasil RM9,183 menerusi 
pembaharuan lesen kenderaan bermotor, lesen memandu, pemeriksaan 
motosikal dan bayaran kompaun.

Mohd Sani berkata, JPJ percaya ia ada kaitan dengan sistem pengujian 
pengeluaran lesen memandu, kebolehan serta kemahiran pemandu dalam 
mengamalkan sikap pemanduan berhemah di jalan raya.

Katanya, isu kemalangan jalan raya kini menjadi agenda utama negara 
dan perlu diberi perhatian bagi mencari kaedah mengurangkan kadar 
kemalangan.

Sehubungan itu, katanya kerajaan bersetuju menubuhkan Jabatan 
Keselamatan Jalan Raya bertujuan menangani masalah 
kemalangan.//BHarian







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke