seharusnya setiap perkara dibaca dan dilihat terlebih dahulu dari 
sudut agama dan kes ini perlu dibaca dlm kontek bagaimana hubungan 
kita termasuk pemerintah dengan non muslim terutama yg zimmi

bila melihat dari sudut politik kepartian maka pelbagai perkara pelik 
dan ajaib akan timbul. masyrakat serambi mekah yg begitu maklum arif 
dlm agama seharusnya boleh menilai hal seperti ini 


Lesco



--- In [email protected], "Syed" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Maaf, saya sedikit pelik bila patung besar dibina kat Batu Caves 
ramai org
> kita mempertikaikan , tapi hok ni lagu mano?
> 
> Member kito ho dok kelate boleh xplain sikit. Kawe tok pehe ni.
> 
>  
> 
>   _____  
> 
> From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On 
Behalf Of
> abuhafizd
> Sent: Wednesday, August 09, 2006 5:20 PM
> To: [email protected]
> Subject: [perakan] Kelantan: Patung Buddha Berdiri Di Bachok
> 
>  
> 
> BACHOK, 9 Ogos - Kelantan akan mempunyai sebuah lagi patung besar 
> Buddha, setinggi 36 meter di Wat Phithikyan Phutthaktham di Kampung 
> Balai di sini, dijangka menjadi satu lagi daya tarikan utama 
> pelancong ke negeri ini.
> 
> Dibina dengan belanja RM2 juta, sebahagian besar sumbangan orang 
> ramai, ia merupakan ketiga di Kelantan. Dua lagi terdapat di 
Tumpat, 
> iaitu patung "Sitting Buddha" setinggi 30 meter di Kampung Jubakar, 
> dan "Sleeping Buddha", 10.6 meter tinggi dan panjang 40.9m, di 
> Kampung Jambu atau Kampung Berok.
> 
> Patung terbaru itu lengkap dengan lif di bahagian dalamnya, 
dijadual 
> siap sepenuhnya pada 2009, kata Ketua Sami, Pharphochai Acharn Pho 
> Chai.
> 
> Ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir penduduk tempatan 
> dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan pembinaan tapak 
> seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong setinggi 36m.
> 
> Beliau berkata arca asal dibawa dari Taiwan dengan ilham beliau 
> sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108 kelopak.
> 
> Katanya lif akan dibina di bahagian dalamnya bagi membolehkan 
> pelancong meninjau dengan lebih jelas kawasan sekitar perkampungan 
> itu dari puncaknya.
> 
> Beliau berkata dengan siapnya patung itu lebih ramai pelancong akan 
> berkunjung ke Kelantan kerana setakat ini tokong itu sudah menjadi 
> tumpuan pelancong Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam, Kemboja, Laos 
> dan Thailand.
> 
> Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu, Kampung Balai 
> akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga 
mempunyai 
> kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.
> 
> Katanya kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung naga besar 
> sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang 
> disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai 
> pada 1992.
> 
> Beliau berkata pembinaan patung ini agak berlainan kerana warnanya 
> yang putih berbanding patung di tokong lain berwarna 
> keemasan.//Bernama
>









 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke