BACHOK, 9 Ogos - Kelantan akan mempunyai sebuah lagi patung besar
Buddha, setinggi 36 meter di Wat Phithikyan Phutthaktham di Kampung
Balai di sini, dijangka menjadi satu lagi daya tarikan utama
pelancong ke negeri ini.
Dibina dengan belanja RM2 juta, sebahagian besar sumbangan orang
ramai, ia merupakan ketiga di Kelantan. Dua lagi terdapat di Tumpat,
iaitu patung "Sitting Buddha" setinggi 30 meter di Kampung Jubakar,
dan "Sleeping Buddha", 10.6 meter tinggi dan panjang 40.9m, di
Kampung Jambu atau Kampung Berok.
Patung terbaru itu lengkap dengan lif di bahagian dalamnya, dijadual
siap sepenuhnya pada 2009, kata Ketua Sami, Pharphochai Acharn Pho
Chai.
Ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir penduduk tempatan
dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan pembinaan tapak
seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong setinggi 36m.
Beliau berkata arca asal dibawa dari Taiwan dengan ilham beliau
sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108 kelopak.
Katanya lif akan dibina di bahagian dalamnya bagi membolehkan
pelancong meninjau dengan lebih jelas kawasan sekitar perkampungan
itu dari puncaknya.
Beliau berkata dengan siapnya patung itu lebih ramai pelancong akan
berkunjung ke Kelantan kerana setakat ini tokong itu sudah menjadi
tumpuan pelancong Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam, Kemboja, Laos
dan Thailand.
Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu, Kampung Balai
akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga mempunyai
kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.
Katanya kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung naga besar
sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang
disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai
pada 1992.
Beliau berkata pembinaan patung ini agak berlainan kerana warnanya
yang putih berbanding patung di tokong lain berwarna
keemasan.//Bernama
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/