Kawe pun berpendirian sama dgn demo. Sepatutnya
kerajaan negeri memantau keadaan ini. Bukan masalah
politik. Sama ada kerajaan negeri meluluskan atau
menyekat projek ini, sebahagian besar kaum ni adalah
penyokong setia BN. Semenjak akhir2 ini saya melihat
seolah2 satu kegilaan oleh kaum ini utk membina
berhala2 yg bersaiz besar di Kelantan. Dulu hanya
berhala tidur di Kg Berok sahaja. Kaum Cina pun ramai
yg beragama Buddha namun tak segila mereka. Mungkinkah
mereka mengambil kesempatan kerana pengaruh PAS/Islam
yg kurang dominan? Ataupun mereka mengambil kesempatan
di atas situasi "islamiphobia" yg dialami kerajaan
pusat??? Sepatutnya mereka menghormati kerajaan dan
rakyat Kelantan yg majoritinya beragama Islam.

Tiada rahmat dan keberkatan jika sesuatu tempat/negeri
dihiasi dgn berhala yg berceracak. Mujurlah di
Kelantan ianya diimbangi dgn kehadiran ulama yg ramai.

--- Syed <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Maaf, saya sedikit pelik bila patung besar dibina
> kat Batu Caves ramai org
> kita mempertikaikan , tapi hok ni lagu mano?
> 
> Member kito ho dok kelate boleh xplain sikit. Kawe
> tok pehe ni.
> 
>  
> 
>   _____  
> 
> From: [email protected]
> [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of
> abuhafizd
> Sent: Wednesday, August 09, 2006 5:20 PM
> To: [email protected]
> Subject: [perakan] Kelantan: Patung Buddha Berdiri
> Di Bachok
> 
>  
> 
> BACHOK, 9 Ogos - Kelantan akan mempunyai sebuah lagi
> patung besar 
> Buddha, setinggi 36 meter di Wat Phithikyan
> Phutthaktham di Kampung 
> Balai di sini, dijangka menjadi satu lagi daya
> tarikan utama 
> pelancong ke negeri ini.
> 
> Dibina dengan belanja RM2 juta, sebahagian besar
> sumbangan orang 
> ramai, ia merupakan ketiga di Kelantan. Dua lagi
> terdapat di Tumpat, 
> iaitu patung "Sitting Buddha" setinggi 30 meter di
> Kampung Jubakar, 
> dan "Sleeping Buddha", 10.6 meter tinggi dan panjang
> 40.9m, di 
> Kampung Jambu atau Kampung Berok.
> 
> Patung terbaru itu lengkap dengan lif di bahagian
> dalamnya, dijadual 
> siap sepenuhnya pada 2009, kata Ketua Sami,
> Pharphochai Acharn Pho 
> Chai.
> 
> Ia mula dibina pada 2002 oleh lima pekerja mahir
> penduduk tempatan 
> dengan dipantau oleh seorang jurutera membabitkan
> pembinaan tapak 
> seluas 30 meter garis pusat dan menara tokong
> setinggi 36m.
> 
> Beliau berkata arca asal dibawa dari Taiwan dengan
> ilham beliau 
> sendiri untuk membentuk sekuntum bunga teratai 108
> kelopak.
> 
> Katanya lif akan dibina di bahagian dalamnya bagi
> membolehkan 
> pelancong meninjau dengan lebih jelas kawasan
> sekitar perkampungan 
> itu dari puncaknya.
> 
> Beliau berkata dengan siapnya patung itu lebih ramai
> pelancong akan 
> berkunjung ke Kelantan kerana setakat ini tokong itu
> sudah menjadi 
> tumpuan pelancong Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam,
> Kemboja, Laos 
> dan Thailand.
> 
> Acharn Pho percaya melalui seni bina yang unik itu,
> Kampung Balai 
> akan menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana
> ia juga mempunyai 
> kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.
> 
> Katanya kawasan tokong itu dipagari oleh dua patung
> naga besar 
> sepanjang 181.6 m setiap satu. Tiap seekor bernilai
> RM150,000 yang 
> disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak
> Ajchan Porchai 
> pada 1992.
> 
> Beliau berkata pembinaan patung ini agak berlainan
> kerana warnanya 
> yang putih berbanding patung di tokong lain berwarna
> 
> keemasan.//Bernama
> 
>  
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke