PASIR PUTEH, 10 Ogos - Seramai 150 penduduk Kampung Tualang Tinggi 
dekat sini menghadiri program pemeriksaan kesihatan percuma 
dianjurkan Tabung Amanah Tok Kenali baru-baru ini. 
Program julungkali diadakan itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa 
Masjid Kampung Tualang Tinggi, di samping khidmat enam pegawai 
perubatan.

Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution Ismail berkata, 
program terbabit mendapat sambutan masyarakat kampung, di mana mereka 
datang sejak awal pagi lagi.

"Memandangkan program ini berjaya, kita akan memperluaskan lagi 
program sedemikian untuk turun bersama masyarakat bukan sahaja dalam 
program pemeriksaan kesihatan, tetapi dalam program lain pula," 
ujarnya.

Katanya, selain dapat merapatkan hubungan bersama masyarakat, ia juga 
boleh mendedahkan kepada masyarakat berhubung peranan sosial 
dimainkan Tabung Amanah Tok Kenali.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Perkim Wanita Bahagian 
Kelantan menganjurkan program Hi-Tea bertempat di Dewan Teratai baru-
baru ini.

Program itu diadakan bertujuan memungut derma bagi mengisi tabung 
untuk menjalankan pelbagai program.

Pengerusinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berkata, pihaknya 
mencari dana bagi mengadakan beberapa program yang dirancang hujung 
tahun ini dan awal tahun depan.  

"Memang kita tidak menafikan, sudah lama program besar kita tidak 
anjurkan kerana masalah kewangan, jadi dengan adanya majlis Hi-Tea 
menerusi jualan kad, kita memperolehi sedikit dana," ujarnya. 

Hadir sama pada majlis itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, 
Adun, anggota Parlimen, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan 
negeri, Pusat, swasta dan para dermawan.//Hrkh


 

 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke