KOTA BHARU: Penderitaan seorang penggiat seni yang terlantar sakit di 
rumah akibat menghidap kencing manis sejak lebih sebulan lalu, 
mendapat simpati dua badan kebudayaan dan kesenian negeri ini.

Tok Selampit, Saari Abdullah, 53, menerima sumbangan Badan Kesenian 
Negeri Kelantan (BKNK) di bawah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan 
Warisan Kelantan dan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK).

Dua pertubuhan itu masing-masing menghulurkan wang tunai RM500 kepada 
Saari ketika mengunjungi rumahnya di Pengkalan Chepa, dekat sini, 
kelmarin.

Sumbangan disampaikan Pengerusi BKNK, Datuk Norzula Mat Diah, yang 
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh. Hadir sama, Pengarah 
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Ismail Yusoff; 
Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK), M Husdaini Mamat dan 
Pengerusi Persatuan Pedikir Kelantan (Pedikir) Noor Jaafar.

Norzula yang juga Timbalan MKNK berkata, sumbangan itu disampaikan 
kepada Saari sebagai menghargai khidmat penggiat seni itu yang banyak 
berjasa terhadap kesenian tanah air sejak 30 tahun lalu.

Katanya, Saari yang juga penggiat seni makyong dan selampit, sebelum 
ini turut dilantik sebagai jurulatih kesenian oleh Jabatan 
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan.

Sejak terlantar selama 20 hari di Hospital Raja Perempuan Zainab II 
(HRPZII) kerana kencing manis dan dua jari kakinya dipotong, beliau 
menyerahkan tugas melatih pelajarnya kepada anak ketiganya, 
Normizanun, 23.

Oleh kerana minatnya yang begitu mendalam, darah seninya turut 
mengalir kepada empat anaknya.

"Saya mewarisi seni ini daripada kakak ipar saya, arwah Khadijah 
Awang, primadona makyong yang pernah dianugerahkan Seniman Negara," 
katanya yang kini memerlukan tongkat untuk bergerak.

Isterinya, Ruhani Mohd Zin, 52, juga seorang penyanyi makyong, 
berkata suaminya berazam tidak akan meninggalkan seni ini selagi ada 
kudrat walaupun kini terpaksa bertongkat.//BHarian

******

harap2 jenerasi tok selampit selepas ini tidak lagi membawa budaya 
khurafat dan tidak islamik dalam kegiatan seni mereka








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke