JELI: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan merancang empat seminar 
bagi membantu graduan menganggur membuat persiapan menghadapi cabaran 
mendapatkan pekerjaan.

Pengarahnya, Jack Meredu, berkata masing-masing dua seminar itu akan 
diadakan pada peringkat negeri dan daerah sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata, seramai 200 peserta berpeluang dipilih menyertai 
seminar pada peringkat negeri, manakala 50 peserta di peringkat 
daerah.

"Sesi pertama seminar peringkat negeri sudah diadakan di Jeli baru-
baru ini, dan sesi kedua akan diadakan di Kampus Universiti Sains 
Malaysia (USM), Kubang Kerian, sempena karnival pekerjaan, 18 hingga 
19 Ogos ini.

"Selain itu, JTK turut menganjurkan seminar secara berkelompok 
membabitkan 20 peserta termasuk bukan graduan yang di pejabat Kota 
Bharu setiap bulan.

"Setakat ini, JTK sudah menganjurkan enam siri seminar itu yang 
memberi peluang kepada 129 peserta dalam tempoh enam bulan pertama 
tahun ini," katanya di sini, semalam.

Jack berkata, seminar seumpama itu penting bagi memberi pendedahan 
kepada mereka mengenai senario pasaran pekerjaan pada masa ini.

Katanya, pada masa sama ia membantu pencari kerja mendapat bimbingan 
dan panduan dalam usaha mereka menghadapi temu duga.

"Ini kerana sebahagian besar pencari kerja gagal mendapatkan jawatan 
yang dipohon kerana tidak melepasi proses temu duga berikutan tiada 
persiapan rapi selain tidak berupaya menonjolkan penampilan diri yang 
meyakinkan panel penemu duga," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pencari kerja termasuk graduan menganggur 
memanfaatkan peluang itu sepenuhnya bagi mendapatkan panduan yang 
akan disampaikan menerusi seminar berkenaan.//BHarian






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke