KOTA BHARU: Serangan kulat dikenal pasti punca utama menyebabkan 
hasil pengeluaran tembikai wangi yang diusahakan peserta di bawah 
projek Diraja Kampung Banggol, dekat sini, tahun lalu menurun.

Pengeluaran hasil antara 20 hingga 21 metrik tan sehektar pada 2004 
tidak dapat dikekalkan oleh peserta terbabit pada tahun lalu dengan 
sekitar keluaran antara 17 hingga 18 metrik tan sehektar akibat kesan 
serangan kulat.

Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Mohamad Zahari Awang, berkata 
kekerapan hujan dikesan menyebabkan mudahnya berlaku serangan kulat 
yang merebak di bahagian daun serta buah tembikai wangi.

Menurutnya, serangan kulat itu menyebabkan pokok tembikai wangi mudah 
mati, manakala proses pembesaran buah berkenaan terbantut dan boleh 
menjejaskan pengeluaran hasil serta pendapatan peserta terbabit.

"Langkah kawalan dilakukan peserta terbabit termasuk menggunakan 
racun kulat bagi mencegah serangan itu berlaku ke atas hasil tanaman 
tembikai wangi yang diusahakan mereka.

"Sekiranya cuaca panas, serangan kulat tidak berlaku sebagaimana 
pencapaian pengeluaran yang tinggi dihasilkan pada 2004 dan juga 
musim pertama bagi tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan dan Kursus Hand's On 
mengenai pengendalian pasca tuai tanaman tembikai wangi projek Diraja 
Kampung Banggol, dekat sini, semalam.

Seramai 29 peserta terbabit di bawah projek berkenaan dengan tumpuan 
tanaman tembikai wangi dan tembikai yang diusahakan dua kali dalam 
setahun di kawasan seluas 20 hektar.

Mohamad Zahari berkata, bimbingan dan khidmat nasihat diberikan oleh 
pegawai pertanian negeri dan daerah kepada peserta terbabit yang 
dipilih dari keluarga miskin.

Menurutnya, peserta di bawah projek itu memperoleh pendapatan lebih 
baik dengan purata bersih RM1,000 sebulan berbanding sebelum 
menyertai projek berkenaan dengan mendapat antara RM300 hingga RM800 
sebulan.

Katanya, perancangan bagi menambah bilangan peserta dilakukan bagi 
memberi peluang lebih ramai peserta yang berkelayakan untuk menyertai 
mengusahakan tanaman di kawasan baru seluas 11 hektar.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengambilan peserta baru bagi tujuan 
itu belum ditentukan setakat ini.

"Banyak pencapaian dapat dilihat khususnya dari segi kejayaan 
membantu peserta khususnya mereka dari keluarga miskin kerana kini 
mampu mencapai pendapatan yang baik untuk menyara kehidupan 
keluarga.//HMetro





 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke