PASIR MAS: "Pagi ini (semalam) arwah ada beritahu tidak mahu bekerja
kerana berasa mengantuk, sedangkan dia seorang yang tidak gemar
meninggalkan kerja.
"Kata-kata itu diucapkannya sebelum dia menghantar saya ke tempat
kerja tetapi tidak sangka pula itu kata terakhirnya," kata Masbah
Yaakob, 21, isteri kepada Roslan Ghazali, 31, yang maut selepas
terbabit dalam kemalangan di Kampung Kelar, dekat sini, petang
semalam.
Menurutnya, walaupun hairan dengan kata-kata suaminya, dia hanya
mendiamkan diri ketika membonceng motosikal bersama arwah kira-kira
jam 8.30 pagi.
"Saya tahu mengenai kejadian itu selepas kenalan kami yang kebetulan
lalu di tempat kemalangan datang ke kedai tempat saya bekerja dan
memaklumkannya.
"Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya meminta pertolongan
seorang rakan menghantar ke tempat kejadian kira-kira 500 meter dari
tempat saya bekerja.
"Ketika keluar dari kereta, saya melihatnya sudah tidak bernyawa dan
masih berada di tepi jalan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang semalam, Roslan meninggal
dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya dilanggar
sebuah lori kecil dari arah bertentangan.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil isterinya yang
bekerja di Lemal, dekat sini.
Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia seperti hilang tempat
bergantung berikutan kematian Roslan walaupun masih mempunyai lima
anak yang lain.
Menurutnya, arwah dan isterinya yang menjaganya kerana anaknya yang
lain tinggal di luar Kelantan.
"Malah, arwah pernah berjanji akan tetap menjaga saya serta rumah
yang didiami selama ini walaupun dia berkahwin," katanya. //HMetro
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/