KOTA BHARU, 11 Ogos - Seramai 344 penghulu kampung yang telah bersara
sejak tahun 1991 hingga 2005 akan diraikan kerajaan negeri, di
samping menerima ganjaran di atas perkhidmatan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Penghulu Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood
berkata, majlis meraikan bekas penghulu akan diadakan pada 14 Ogos
ini bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula jam
9 malam.
Ketika ditemui di pejabatnya semalam kata beliau pada majlis itu
setiap penghulu akan diberi sagu hati di mana ada di antara mereka
bakal mendapat sehingga RM1,000.
"Bagi bekas penghulu yang berkhidmat selama 10 tahun mereka mendapat
jumlah tersebut kerana sagu hati bayar sebanyak RM100 bagi tempoh
setahun berkhidmat," ujarnya. Sumbangan berkenaan akan disampaikan
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hassan berkata, sumbangan berkenaan diberi sebagai menghargai jasa
mereka sepanjang bertugas sebagai penghulu kampung.
Katanya juga pada hari yang sama akan diadakan kursus kepada bekas-
bekas penghulu yang bermula jam 8.30 pagi untuk memupuk semangat
bekerja walaupun mereka sudah pencen.
"Kerajaan negeri masih memerlukan khidmat mereka walaupun telah
pencen memandangkan mereka memiliki pengalaman yang banyak,"
ujarnya.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/