KOTA BHARU, 17 Ogos - Seramai 338 bekas penghulu yang telah tamat 
tempoh perkhidmatan menerima saguhati daripada kerajaan negeri 
sebagai menghargai jasa mereka sebelum ini. 
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM236,300 bagi tujuan 
itu. Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Pusat Tarbiah 
Islamiah Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Hassan 
Mohamood berkata, jumlah saguhati diberi sebanyak RM100 kepada setiap 
bekas penghulu bagi tempoh setahun berkhidmat.

"Terdapat juga seorang penghulu memperolehi ganjaran sejumlah RM1,400 
kerana telah berkhidmat selama 14 tahun, iaitu bermula tahun 1991 
hingga 2005," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurutnya, biar pun kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan agak 
besar, namun jasa dan pengorbanan mereka sebelum ini lebih diutamakan.

"Ini kerana tugas serta tanggungjawab mereka begitu besar dalam usaha 
membangunkan negeri. Tanpa peranan mereka, wakil-wakil rakyat dan  
pimpinan kerajaan negeri sukar untuk turun ke bawah bagi 
menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap peranan dimainkan 
penghulu di negeri ini termasuk mereka yang sudah bersara.

Selain itu, beliau juga berkata, bagi memantapkan semangat juang di 
kalangan penghulu dari seluruh Kelantan, kerajaan negeri 
menganjurkan 'Nadwah Kepimpinan Islam' di beberapa tempat selama tiga 
hari dua malam.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
berkata, biar pun penghulu dipandang kecil, namun peranan mereka di 
peringkat kampung dan mukim begitu besar.

Katanya, di Kelantan masyarakat cukup menghormati golongan berkenaan 
kerana mereka adalah pelengkap kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Seumpama kita ingin menyiapkan sebuah rumah, pelbagai jenis kayu 
kecil, besar dan peralatan lain diperlukan termasuk paku. Begitu juga 
penghulu, jangan anggap kecil, walhal mereka diperlukan kerajaan dan 
masyarakat," ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS turut melahirkan bimbang ada 
pejuang Islam sekarang tidak mahu lagi melaksanakan tanggungjawab 
dengan ikhlas kerana lebih mengharap kepada ganjaran.//Hrkh

 
Re: Kota Bharu: Bekas penghulu terima sagu hati

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> KOTA BHARU, 11 Ogos - Seramai 344 penghulu kampung yang telah 
bersara 
> sejak tahun 1991 hingga 2005 akan diraikan kerajaan negeri, di 
> samping menerima ganjaran di atas perkhidmatan mereka. 
> Pengerusi Jawatankuasa Penghulu Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood  
> berkata, majlis meraikan bekas penghulu akan diadakan pada 14 Ogos 
> ini bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula 
jam 
> 9 malam.
> 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke