PASIR MAS, 11 Ogos - Seramai 43 mangsa ribut di beberapa kampung di
kawasan Dun Pengkalan Pasir menerima bantuan kerajaan negeri Rabu
lalu yang membabitkan peruntukan awal sebanyak RM15,000.
Penyelia Dun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad berkata, penerima
tersebut adalah sebahagian daripada 105 mangsa yang terlibat dengan
kejadian ribut baru-baru ini.
"Mangsa-mangsa terbabit menerima sumbangan di antara RM200 hingga
RM1,000 tiap seorang iaitu mengikut kadar kerosakan rumah mereka,"
katanya selepas majlis penyampaian bantuan berkenaan di pejabat
Majlis Tindakan Dun Pengkalan Pasir.
Sehubungan itu beliau berharap mangsa yang belum menerima bantuan
bersabar kerana sumbangan peringkat kedua akan dibuat dalam masa
terdekat ini.
Katanya, sumbangan awal itu diberi melalui Akademi Pembangunan
Keluarga Bahagian dan Tabung Amanah Tok Kenali.
"Saya juga berharap setiap mangsa bersabar menerima ujian ini
memandangkan kejadian sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Terimalah ianya sebagai ujian dari Allah S.W.T," ujarnya.
Menurutnya, sumbangan tersebut diberikan kepada semua mangsa tanpa
mengira fahaman politik kerana bala yang datang tidak mengenal siapa.
Ribut melanda beberapa kampung di Dun Pengkalan Pasir petang Jumaat
lalu.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seramai 18 mangsa ribut
dari Kampung Belukar menerima bantuan daripada Presiden Majlis
Tindakan Rakyat Kelantan, Dato' Ibrahim Ali pada satu program yang
diadakan di Lubuk Aching, pagi tadi.
Pada majlis yang sama 20 warga tua juga menerima bantuan dan 20
pelajar miskin diberi basikal bagi memudahkan mereka berulang alik ke
sekolah. Orang ramai yang hadir turut menikmati jamuan nasi
dagang.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/