KOTA BHARU, 14 Ogos - Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan dan 
tahniah kepada keluarga Danny Lee yang mendermakan 10 organ milik 
mendiang kepada Hospital Canberra, Australia 
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, 
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, beliau 
menyampaikan penghargaan itu kepada keluarga mendiang, Khamis lalu.

"Kerajaan negeri berbangga di atas kesediaan keluarga Danny Lee yang 
sanggup mendermakan organ-organ yang akan digunakan enam pesakit di 
Australia," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau juga menghubungi ayah mendiang, Johnsen Lee yang kini masih 
berada di Australia bagi menguruskan pendermaan organ milik anaknya.

Husam berkata, jarang ada insan yang sanggup berbuat demikian 
(mendermakan organ) sebagaimana dilakukan keluarga mendiang Denny.

"Jadi pengorbanan ini amat dihargai kerajaan negeri kerana cara 
tersebut dapat membantu pesakit lain yang bermasalah. Walaupun Danny 
sudah meninggal dunia, namun organnya masih boleh dimanfaatkan," 
ujarnya.

Danny anak kelahiran Kelantan sedang melanjutkan pengajiannya di 
Australia sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun pada 8 Ogos lalu beliau 
meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan sewaktu bermain 
ski. 

Dalam perkembangan lain, keluarga mendiang Kua Yi Yun yang juga 
meninggal dunia akibat kemalangan ketika menunggang motosikal di 
jalan Paya Bembam dekat sini juga turut mendermakan organnya kepada 
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), baru-baru ini.

Bapa mendiang, Kua Eng Hui memberitahu beliau bersama keluarga telah 
sepakat untuk mendermakan organnya kepada HUSM selepas mendiang 
disahkan meninggal dunia.

Yi Yun, 17 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 
Chung Hwa dipercayai menjadi mangsa langgar lari ketika dalam 
perjalanan pulang ke rumahnya pada petang 6 Ogos lalu.

Organ-organ yang didermakan ialah sepasang kornea, injap jantung, 
sepasang buah pinggang, tulang-tulang panjang dan kulit bahagian 
belakang badan.//Hrkh
 

 






 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke