BACHOK, 14 Ogos Kejohanan bola sepak lapan sebelah bagi merebut
Piala Penyelia Penyelia Dun Jelawat mencatat sejarah tersendiri
apabila ia diadakan di padang bersebelahan masjid.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul
Patah Mahmood berkata, kegiatan riadah wajar dilakukan di kawasan
bersebelahan dengan masjid bagi memudahkan melakukan ibadat.
"Kaedah ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan belia
yang sihat dari segi rohani dan jasmani," katanya ketika merasmikan
kejohanan tersebut yang diadakan di Kampung Sri Kemunting dekat sini,
Jumaat lalu.
Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan terbabit yang julung kali
diadakan, menawarkan hadiah RM500 bagi tempat pertama, RM300 naib
johan dan masing-masing RM100 tempat ketiga dan empat.
Abdul Patah berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat masalah
dihadapi golongan belia bagi membolehkan mereka mengisi masa lapang
dengan kegiatan lebih berfaedah.
Menurutnya, selain sukan bola sepak kerajaan negeri juga mewujudkan
Akademi Sukan Bermotor untuk melatih remaja mengenai cara-cara
menunggang motosikal secara berhemah.
Kata beliau, mana-mana belia yang mempunyai potensi tinggi akan
dipilih menyertai perlumbaan `Cub Prix' yang akan ditaja sepenuhnya
agensi kerajaan negeri.
Penyelia Dun Jelawat, Abdul Aziz Kadir berkata, kegiatan sukan
digalakkan dalam Islam untuk memastikan badan sentiasa sihat bagi
membolehkan ibadat harian dilakukan dengan lebih sempurna.
Hadir sama pada majlis tersebut Penyelia Parlimen Bachok, Haji
Huzaimi Che Husin dan penghulu-penghulu Dun Jelawat serta penduduk
tempatan./Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/