PENGKALAN CHEPA, 14 Ogos - Guru-guru Pusat Tunas-tunas Islam (Pasti)
diminta melibatkan diri bersama badan bukan kerajaan terutamanya Hal
Ehwal Wanita (Halwa) dan Nisa' Kelantan.
Pengarah Pasti Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, mereka perlu
berbuat demikian sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum
ke-12 yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Peranan mereka penting bagi merapatkan hubungan guru-guru Pasti
dengan masyarakat khususnya ibu bapa pelajar," katanya ketika
ditemui selepas merasmikan Muktamar Pasti Kelantan Kali Ketujuh di
Putik Jumaat lalu.
Beliau berkata, golongan terbabit hendaklah mengambil peluang
sepenuhnya untuk bergiat bersama Halwa dan Nisa' bagi meneruskan
kesinambungan perjuangan Islam.
Menurutnya, sebelum ini guru-guru Pasti kurang terbabit bersama Nisa'
dan Halwa biar pun badan itu mempunyai peranan besar dalam
masyarakat.
Selain itu, beliau juga berharap mereka hendaklah menguasai isu-isu
semasa yang berlaku di peringkat negeri, negara atau antarabangsa
bagi membolehkan dijelaskan semula kepada masyarakat.
"Sebagai cotohnya sekarang isu murtad berada di tahap yang agak
serius dan kita hendaklah mengetahui perkembangannya. Selain itu isu
yang berlaku di Asia Barat juga perlu diberi perhatian," ujarnya.
Sementara itu, Mohd Saufi Mamat, 37 guru Pasti lelaki tunggal yang
kini mengajar di Pasti An-Nasiah Kedondong sejak Jun tahun lalu
ketika ditemui berkata, beliau gembira menerima tugas baru sekarang.
Beliau pada mulanya hanya menggantikan seorang guru Pasti yang
bersalin kini meneruskan tugas berkenaan setelah guru asal tidak lagi
berkhidmat.
Saufi mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Agama Rakyat di Telok
Intan Perak memberitahu beliau melahirkan rasa bangga kerana diberi
peluang menabur bakti untuk mendidik tunas-tunas Islam.
Beliau yang masih bujang memikul tanggungjawab itu untuk mendidik
anak-anak mengikut acuan Islam sebenar.
"Walaupun hanya saya seorang guru Pasti lelaki di negeri ini, namun
saya tidak menghadapi sebarang masalah, bahkan tidak kekok bersama
guru-guru Pasti lain," ujarnya.
Setakat ini Pasti mempunyai empat guru lelaki iaitu dua orang di
Johor dan masing-masing seorang di Kelantan dan Kedah.//Hrkh
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/