BACHOK: Lebih 500 ikan siakap seberat empat hingga tujuh kilogram 
akan dilepaskan ke dalam terusan Projek Kemasin Semerak (PKS) yang 
menjadi lokasi pertandingan memancing kategori pantai, LKIM-GP Joran 
La Tour D'Pancing, pada Sabtu ini.

Sepuluh siakap masing-masing seberat tujuh kilogram sudah dilepaskan 
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Shukry Mohd 
Salleh, sempena majlis pelancaran dan penyerahan tajaan acara itu di 
lokasi terbabit semalam.

Pengarah Lembaga Kemajuan ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Raslee 
Ismail, berkata terusan PKS itu memang kaya dengan pelbagai spesies 
ikan termasuk siakap, belida, tilapia serta patin.

"Pelepasan lebih 500 siakap ini sekadar untuk memeriahkan lagi 
saingan antara pemancing yang mengambil bahagian pada 19 Ogos ini.

"Ikan yang dilepaskan itu sebagai menambah bilangan sedia ada membiak 
di terusan ini. Harapan kita, semua hadiah yang ditawarkan tahun ini 
akan dibawa pulang oleh peserta menerusi tangkapan ikan yang 
diperoleh," katanya.

Tahun lalu, ketika pertandingan kategori pantai GP Joran berlangsung 
di Pantai Irama, hasil pancing peserta kurang menyaksikan tidak semua 
hadiah dibawa pulang. 

Raslee berkata, semua ikan siakap yang dibeli daripada penternak 
akuakultur dalam sangkar di Semerak itu dilepaskan pada awal pagi 
sebelum pertandingan.

"Dengan jumlah ikan yang banyak ini, kita jangka ia menjadi penyuntik 
semangat kepada semua peserta kategori pantai untuk memancing 
sepanjang terusan pada hari pertandingan berlangsung. 

"Sempena pertandingan ini, Persatuan Nelayan Bachok (PNK) akan 
membuka medan ikan bakar sementara di Jeti Pengkalan Petah kerana 
LKIM sudah memperuntukkan RM300,000 bagi pembinaan medan tetap di 
sini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) 
Kelantan, Shukry Ismail, berkata pertandingan memancing diharap dapat 
menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya ke Bachok.

Pendaftaran peserta memancing kategori pantai akan dibuka seawal jam 
5 pagi di Jeti LKIM Pengkalan Petah dengan kadar yuran RM80 seorang 
pada hari pertandingan.

Beliau berkata, selain mempertingkatkan industri pelancongan, ia juga 
dapat memperkenalkan lebih banyak kawasan yang boleh menjalankan 
aktiviti memancing.

"Saya berharap terusan, sungai atau tasik di negeri ini yang dikenal 
pasti sebagai lubuk ikan dimajukan bagi menggalak kehadiran pemancing 
luar berkunjung ke negeri ini," katanya.//Hrkh









 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke