Solat hajat di imani oleh Tuan Guru Haji Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah
KOTA BHARU 14 Ogos Ribuan rakyat Kelantan memenuhi Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi sempena Himpunan Soladariti Rakyat Kelantan Menentang Kezaliman Zionis.
Menteri Besar Kelantan selaku Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dakwaan Britain yang ia sudah menahan 21 suspek yang cuba meletupkan pesawat yang akan ke Amerika Syarikat merupakan helah kuasa besar untuk mengalih perhatian dunia terhadap kezaliman Yahudi di Palestin dan Lebanon.
Menteri Besar Kelantan berkata, tipu daya seumpama itu sudah menjadi budaya kepada kuasa besar supaya dunia Islam lupa tentang penderitaan yang dialami masyarakat Lebanon yang menghadapi serangan ganas Israel pada masa ini.
Cubaan meletupkan kapal terbang, itu tipu helah orang putih untuk menarik pandangan dunia kepada isu lain sedangkan masyarakat Islam di Lubnan terus dibom, katanya semasa berucap pada majlis Himpunan Solidariti Rakyat Kelantan menentang kezaliman Zionis Israel Dan Sekutunya di sini, malam tadi.
Turut hadir dalam perhimpunan itu wakil Hamas Palestin, Al-Sheikh Abu Husam dan wakil Jamaah Islam Pakistan, Ata Ur Rehman.
Yang turut berucap pada majlis yang berakhir kira-kira pukul
12 tengah malam itu ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Tiga hari lepas, Polis Britain mematahkan satu kompot ala 11 September yang berhasrat meletupkan pesawat-pesawat dalam penerbangan dari Britain ke Amerika Syarikat secara serentak membabitkan enam hingga 10 pesawat.
Ekoran itu, polis menahan 21 orang suspek di sekitar London, Birmingham dan High Wycombe manakala kawalan keselamatan di semua lapangan terbang negara itu diperketatkan dan langkah-langkah keselamatan diambil dalam semua penerbangan.
Nik Aziz berkata, tindakan itu sebenarnya bertujuan mengajak dunia supaya membenci Islam dan sekaligus dunia akan menganggap masyarakat Islam sebagai pengganas yang akan membunuh sesiapa sahaja.//Utusan
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
__._,_.___
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "perakan" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
__,_._,___
