PASIR PUTEH: Kehadiran nelayan asing termasuk dari Thailand, Vietnam 
dan China yang semakin bertambah di jeti pendaratan ikan di Tok Bali, 
di sini, merisaukan penduduk tempatan.

Sebelum ini, penduduk tempatan hanya melihat kelibat nelayan dari 
Thailand sahaja tetapi kini nelayan China dan Vietnam yang langsung 
tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu berkeliaran di 
sekitar kampung berhampiran.

Nelayan terbabit, dengan penampilan menggerunkan termasuk mempunyai 
tatu di badan dilihat sering mengunjungi kedai makan secara 
berkumpulan sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

Seorang penduduk di Kampung Pak Mayong, dekat sini, Mohd Darwi Yusof, 
47, berkata dia mahu kerajaan mengkaji kebenaran kemasukan bot 
nelayan asing ke negeri ini bagi mengelak timbulnya masalah sosial 
kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, kehadiran awak-awak nelayan asing itu menyebabkan 
timbulnya masalah seperti kecurian dan pergaduhan yang ada masanya 
dipercayai sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Katanya, walaupun setakat ini, pergaduhan hanya berlaku antara mereka 
sahaja tetapi tidak mustahil akan membabitkan penduduk tempatan jika 
mereka berada lebih lama.

?Saya sendiri pernah melihat pergaduhan membabitkan awak-awak dari 
Thailand sehingga ada antara mereka yang cedera teruk selepas 
dipercayai turut menggunakan senjata tajam.

?Selain bergaduh, mereka juga terbabit mencuri tanaman penduduk 
terutama di waktu malam tetapi tidak berjaya diambil tindakan kerana 
melakukannya sewaktu penduduk tengah tidur,? katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Manaf Sepii, 50, berkata, penduduk 
terpaksa melayan kehadiran nelayan asing dari China yang baru empat 
bulan diberi kebenaran berlabuh di kawasan itu.

Menurutnya, nelayan dari China amat asing kepada penduduk tempatan 
dan mereka turut membawa budaya mereka ke sini termasuk membela 
anjing dan meminum arak.

?Kita bimbang kehadiran semakin ramai nelayan dari negara asing akan 
menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kerana mereka tidak memahami 
budaya tempatan,? katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha bot laut dalam, Hashim Mamat, 54, 
berkata kehadiran nelayan asing itu menimbulkan kemarahan penduduk 
kerana bot yang mereka gunakan bersaiz besar dan menggunakan komponen 
besi menjejaskan keselamatan bot nelayan tempatan jika berlaku 
pelanggaran.

?Selain itu, keadaan ini juga boleh menimbulkan kesesakan di jeti 
atau pangkalan pendaratan ikan yang kini belum siap sepenuhnya dan 
hanya mampu menampung bot nelayan tempatan,? katanya.//HMetro 





 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke